Cipta graf dan tambah persamaan dalam Grapher pada Mac
Gunakan Grapher untuk mencipta graf 2D dan 3D.
Dalam app Grapher pada Mac anda, pilih Fail > Baharu, kemudian pilih jenis graf yang anda mahu cipta.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah persamaan anda sendiri: Klik butang Tambah di penjuru kiri bawah, kemudian pilih Persamaan Baharu untuk mencipta persamaan anda sendiri.
Tambah persamaan daripada templat: Klik butang Tambah di penjuru kiri bawah, kemudian pilih Persamaan Baharu Daripada Templat untuk menambah persamaan parametrik, persamaan lengkung, persamaan medan vektor, persamaan pembezaan, atau siri daripada templat.
Edit persamaan: Pilih persamaan dalam senarai persamaan, kemudian kemas kini persamaan dalam medan edit di atas graf.
Tambah unsur kepada persamaan: Klik menu timbul Tambah Unsur ke kanan medan persamaan, kemudian pilih Tunjukkan Palet Persamaan. Anda menggunakan Palet Persamaan untuk menambah unsur standard (pengeksponenan, punca dan nilai mutlak), operator, huruf Greek dan simbol ke persamaan anda.
Padam persamaan: Pilih persamaan dalam senarai persamaan, kemudian tekan kekunci Delete.
Graf anda disimpan secara automatik semasa anda bekerja.