Panduan Pengguna GarageBand
- Selamat Datang
-
- Apakah GarageBand?
- Buat asal dan buat semula pengeditan dalam GarageBand
- Dapatkan lebih banyak bunyi dan gelung
- Dapatkan bantuan
-
- Pengenalan kepada Editor
-
- Pengenalan kepada Editor Lembaran Piano
- Tambah not dalam Editor Lembaran Piano
- Edit not dalam Editor Lembaran Piano
- Kuantumkan pemasaan not dalam Editor Lembaran Piano
- Transposisi rantau dalam Editor Lembaran Piano
- Nama semula rantau MIDI dalam Editor Lembaran Piano
- Gunakan automasi dalam Editor Lembaran Piano
-
- Gambaran keseluruhan Smart Controls
- Jenis Smart Control
- Gunakan Pad Transformasi
- Gunakan Arpeggiator
- Tambah dan edit pemalam kesan
- Gunakan kesan pada trek induk
- Gunakan pemalam Audio Units
- Gunakan kesan EQ
- Bandingan Smart Control yang diedit dengan seting disimpannya
-
- Mainkan pelajaran
- Pilih sumber input untuk gitar anda
- Sesuaikan tetingkap pelajaran
- Lihat prestasi anda memainkan pelajaran
- Ukur kemajuan anda dari semasa ke semasa
- Perlahankan pelajaran
- Tukar campuran pelajaran
- Lihat tatatanda muzik berhalaman penuh
- Lihat topik glosari
- Berlatih kord gitar
- Tala gitar anda dalam pelajaran
- Buka pelajaran dalam tetingkap GarageBand
- Dapatkan pelajaran Belajar Bermain tambahan
- Jika pelajaran anda tidak selesai dimuat turun
- Pintasan Touch Bar
- Glosari
Edit penanda susunan dalam GarageBand pada Mac
Selepas anda menambah penanda susunan pada trek Susunan, anda boleh menggunakannya untuk menyusun semula projek anda. Anda boleh memilih penanda susunan, mengalihkannya dan menyalinnya, menggantikannya dan memadamkannya dari trek Susunan.
Apabila anda mengalihkan atau menyalin penanda susunan, semua rantau dalam bahagian projek tersebut dialihkan atau disalin, termasuk penanda pada setiap trek dalam bahagian dan titik automasi pada setiap lengkung automasi dalam bahagian. Jika sebarang trek dalam projek dikunci, anda perlu membuka kuncinya sebelum mengedit penanda susunan dalam projek.
Pilih penanda susunan
Dalam GarageBand pada Mac, dalam trek Susunan, klik penanda susunan.
Untuk memilih berbilang penanda susunan, Shift-klik padanya.
Anda tidak boleh memilih penanda susunan yang bukan bersebelahan.
Alihkan penanda susunan
Dalam GarageBand pada Mac, seret penanda susunan ke kedudukan baharu dalam trek Susunan.
Apabila anda mengalihkan penanda susunan antara dua penanda susunan sedia ada, penanda di sebelah kanan bergerak ke kanan untuk mengosongkan ruang bagi penanda baharu. Apabila anda menyeret satu penanda susunan ke atas penanda lagi satu dalam trek Susunan, dua penanda bertukar tempat (semua kandungannya akan bertukar juga).
Salin penanda susunan
Dalam GarageBand pada Mac, Option-seret penanda susunan ke kedudukan yang anda mahu letakkan salinan.
Apabila anda meletakkan salinan antara dua penanda susunan sedia ada, penanda di sebelah kanan bergerak ke kanan untuk mengosongkan ruang bagi penanda yang disalin.
Gantikan penanda susunan
Dalam GarageBand pada Mac, Command-seret penanda susunan terus ke atas penanda lain.
Padamkan penanda susunan bersama-sama ke rantaunya
Dalam GarageBand pada Mac, pilih penanda susunan, kemudian tekan Padam untuk memadamkan rantau dalam kawasan Trek di bawah penanda susunan agar ia kosong. Tekan Padam sekali lagi untuk memadamkan penanda susunan.
Penting: Jika anda terpadam rantau yang anda mahu kekalkan secara tidak sengaja, gunakan Buat Asal untuk memulihkannya.
Apabila anda mengalihkan atau memadamkan penanda susunan, bahagian di sebelah kanan beralih ke kiri untuk mengisi bahagian yang dipadamkan, lalu menutup ruang kosong.