Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lekatkan item ke grid dalam GarageBand pada Mac
Kawasan Trek termasuk grid yang membantu anda menjajarkan rantau, titik automasi dan item lain dengan pembahagian masa dalam pembaris. Untuk memaksa item ke grid dengan cepat, aktifkan seting Lekat ke Grid. Apabila anda melakukan sebarang tindakan berikut dengan Lekat ke Grid diaktifkan, item melekat ke kedudukan seterusnya pada grid:
Mengalihkan dan mensaiz semula rantau
Mengalihkan penunjuk main
Melaraskan julat kitar
Menyeret gelung ke kawasan Trek
Nilai grid bergantung pada seting zum semasa.
Aktifkan atau nyahaktifkan grid kawasan Trek.
Dalam GarageBand pada Mac, pilih Edit > Lekat ke Grid.