Cipta muzik dengan Instrumen Sentuh

Gunakan Instrumen Sentuh untuk memainkan keyboard, dram, gitar, tali dan banyak lagi. Rakam vokal anda atau pasang gitar atau bes dan main menerusi pilihan hebat amp dan kesan stompbox.

Mulakan dengan Instrumen Sentuh

Bina lagu anda

Pilih daripada beratus Apple Loops untuk ditambah ke lagu anda, tambah pemain dram yang bermain bersama muzik yang anda rakamkan dan adun lagu anda dengan plugin kesan.

Bina lagu dalam GarageBand

Cipta muzik seperti DJ

Gunakan Live Loops untuk mencipta muzik elektronik dengan hanya mengetik sel dan lajur dalam grid untuk mencetuskan gelung muzikal. Anda boleh membina susunan anda sendiri, kemudian menambahbaik dan merakam persembahan Live Loops.

Ketahui lebih lanjut tentang Live Loops

Muat turun gelung dan instrumen percuma

Gunakan Pustaka Bunyi untuk memuat turun dan mengurus pek bunyi yang mengandungi beratus gelung, bunyi, Instrumen Sentuh, kit dram dan banyak lagi. GarageBand memaklumkan anda apabila pek bunyi baru tersedia untuk dimuat turun.

Teroka Pustaka Bunyi

Untuk melayari Panduan Pengguna GarageBand untuk iPhone, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.