
Gunakan iCloud dengan GarageBand untuk iPhone
Dalam GarageBand untuk iPhone, anda boleh menyimpan lagu anda ke iCloud Drive dan kemudian membuka lagu daripada peranti lain atau app lain. Anda juga boleh membuka lagu yang disimpan dalam iCloud Drive dan memuat turun lagu ke iPhone anda.
Apabila anda menutup lagu atau menutup GarageBand, lagu tersebut dikemas kini dengan perubahan terkini anda dalam iCloud. Jika perubahan yang dibuat pada berbilang peranti tidak selaras, salinan lagu dengan perubahan terbaharu disimpan pada lokasi yang sama seperti yang asli dalam iCloud Drive.
Aktifkan iCloud untuk GarageBand
Sebelum anda boleh menggunakan iCloud dengan GarageBand, anda mesti menyediakan iCloud dalam app Seting pada iPhone anda.
Tutup GarageBand untuk iPhone.
Pada Skrin Utama, ketik Seting, kemudian ketik nama anda di bahagian atas skrin.
Ketik iCloud, ketik Drive, kemudian pastikan “Selaraskan iPhone ini” diaktifkan.
Ketik App Diselaraskan ke iCloud Drive, kemudian pastikan suis GarageBand diaktifkan.
Anda mungkin perlu menskrol ke bawah untuk melihat ikon GarageBand.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat tapak web Sokongan iCloud.
Muat naik lagu ke iCloud Drive
Dalam pelayar Lagu Saya, sentuh dan tahan lagu yang anda mahu muat naik, kemudian ketik Alih.
Navigasi ke lokasi selamat dalam iCloud Drive, kemudian ketik Salin.
Salin lagu daripada iCloud Drive ke iPhone anda
Dalam pelayar Lagu Saya, cari lagu GarageBand dalam iCloud Drive yang anda mahu salin.
Sentuh dan tahan lagu yang anda mahu salin, kemudian ketik Alih.
Navigasi ke lokasi disimpan pada iPhone anda, kemudian ketik Salin.
Buka lagu daripada iCloud Drive
Lagu yang tersedia untuk dimuat turun daripada iCloud Drive muncul dengan lencana muat turun iCloud
.
Dalam pelayar Lagu Saya, cari dan ketik lagu GarageBand dalam iCloud Drive yang anda mahu buka.
Lagu dimuat turun. Jika terdapat versi lebih baharu dalam iCloud, versi lebih baharu dimuat turun ke iPhone anda. Jika versi pada iPhone anda adalah lebih baharu, versi itu dimuat naik ke iCloud.
Cipta lagu dalam iCloud Drive
Dalam pelayar Lagu Saya, navigasi ke iCloud Drive, kemudian cari dan ketik folder GarageBand untuk iOS.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik butang Tambah Lagu
di penjuru kanan atas skrin.Ketik Cipta Lagu di sebelah kanan.
Pelayar Bunyi terbuka, tempat anda boleh memilih Instrumen Sentuh untuk digunakan dalam lagu. Apabila anda menutup lagu, perubahan terbaharu disimpan ke lokasi asal dalam iCloud Drive.
Padam lagu dalam iCloud Drive
Apabila anda memadamkan lagu dalam iCloud Drive, lagu tersebut dipadamkan pada semua peranti anda.
Dalam pelayar Lagu Saya, cari lagu GarageBand dalam iCloud Drive yang anda mahu padamkan.
Sentuh dan tahan lagu yang anda mahu padamkan, kemudian ketik Padam.
Jika anda menyahaktifkan iCloud untuk GarageBand, lagu anda yang disimpan dalam iCloud Drive akan dipadamkan daripada iPhone anda, tetapi akan kekal disimpan dalam iCloud Drive. Jika anda mahu menyahaktifkan iCloud dan menyimpan lagu pada iPhone, anda perlu menduplikasi lagu yang anda mahu simpan sebelum menyahaktifkan iCloud.