Tukar seting rantau dalam GarageBand untuk iPhone
Setiap rantau dalam kawasan Trek termasuk seting. Jenis rantau berlainan mungkin mempunyai beberapa seting berlainan.
Anda boleh melihat dan menukar seting untuk rantau dalam kawasan Trek.
Lihat dan tukar seting rantau
Dwiketik rantau, kemudian pilih Seting daripada menu Edit.
Tukar satu atau lebih banyak seting rantau:
Peningkatan: Seret gelangsar Peningkatan ke kiri atau kanan untuk melaraskan kelantangan sel (rantau biru sahaja).
Kelajuan: Seret gelangsar Kelajuan ke kiri atau kanan untuk melaraskan kelantangan sel (rantau hijau dan kuning sahaja).
Penggelungan: Leret suis Penggelungan ke kanan untuk mengaktifkan penggelungan bagi sel.
Ikuti Tempo & Pic: Ketik untuk membolehkan rantau mengikuti tempo dan nada lagu (rantau biru sahaja).
Oktaf: Ketik butang – dan + untuk menaikkan atau menurunkan pic (rantau hijau sahaja).
Semiton: Ketik butang – dan + untuk menaikkan atau menurunkan pic (rantau hijau sahaja).
Kelajuan: Seret gelangsar Kelajuan dari kiri ke kanan untuk menukar kelajuan (tempo) sel.
Terbalikkan: Leret suis Terbalikkan ke kanan untuk membolehkan sel dimainkan secara terbalik.
Reset Semua: Untuk mereset semua seting sel, ketik Reset Semua.
Apabila anda selesai, ketik Selesai.