Cipta muzik dengan Instrumen Sentuh
Gunakan Instrumen Sentuh untuk memainkan keyboard, dram, gitar, tali dan banyak lagi. Rakam vokal anda atau pasang gitar atau bes dan main menerusi pilihan hebat amp dan kesan stompbox.
Bina lagu anda
Pilih daripada beratus Apple Loops untuk ditambah ke lagu anda, tambah pemain dram yang bermain bersama muzik yang anda rakamkan dan adun lagu anda dengan plugin kesan.
Cipta muzik seperti DJ
Gunakan Live Loops untuk mencipta muzik elektronik dengan hanya mengetik sel dan lajur dalam grid untuk mencetuskan gelung muzikal. Anda boleh membina susunan anda sendiri, kemudian menambahbaik dan merakam persembahan Live Loops.
Muat turun gelung dan instrumen percuma
Gunakan Pustaka Bunyi untuk memuat turun dan mengurus pek bunyi yang mengandungi beratus gelung, bunyi, Instrumen Sentuh, kit dram dan banyak lagi. GarageBand memaklumkan anda apabila pek bunyi baru tersedia untuk dimuat turun.
Untuk melayari Panduan Pengguna GarageBand untuk iPad, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.