Gunakan Schoolwork dengan GarageBand untuk iPad
Dengan app Schoolwork, guru boleh menambah aktiviti GarageBand kepada edaran dan menugaskannya kepada pelajar mereka. Projek juga boleh dilampirkan kepada edaran dan dikongsi antara guru dan pelajar melalui iCloud Drive.
Untuk menggunakan GarageBand dengan Schoolwork, app Schoolwork mesti dipasang pada iPad anda dan anda mesti mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus untuk sekolah atau kelas anda. Jika anda memerlukan bantuan dengan Akaun Apple Terurus anda, hubungi guru anda (guru sepatutnya menghubungi pentadbir sekolah mereka).
Tambah aktiviti kepada edaran
Guru boleh menambah aktiviti GarageBand kepada edaran baharu dan siarkan edaran kepada pelajar mereka atau simpan sebagai draf dalam app Schoolwork.
Dalam app Schoolwork, cipta edaran baharu.
Pada edaran, ketik Tambah Aktiviti, ketik App, kemudian ketik GarageBand.
Pilih satu daripada aktiviti tersedia daripada menu pintasan:
Rakaman Audio: Cipta rakaman audio menggunakan Instrumen Sentuh Perakam Audio.
Cipta Lagu Live Loops Baharu: Pilih templat Live Loops dalam pelayar Templat untuk mencipta lagu baharu.
Cipta Lagu Trek Baharu: Pilih Instrumen Sentuh dalam pelayar Bunyi untuk mencipta lagu baharu.
Isikan tajuk, tarikh jangka dan maklumat lain untuk edaran, ketik butang Pemeriksa untuk memilih pilihan kongsi untuk lagu yang dilampirkan, kemudian ketik Siar untuk menghantar edaran.
Apabila pelajar menyelesaikan aktiviti, ia ditunjukkan sebagai Selesai pada edaran dan menunjukkan masa yang diambil untuk menyelesaikannya.
Kongsi lagu GarageBand kepada edaran
Guru boleh berkongsi lagu GarageBand ke Schoolwork dan lampirkannya kepada edaran baharu, kemudian siarkan edaran kepada pelajar mereka. Pelajar boleh berkongsi lagu kepada edaran sedia ada untuk kelas mereka.
Dalam pelayar Lagu Saya, ketik Pilih, ketik lagu, kemudian ketik Kongsi.
Lakukan satu daripada berikut:
Untuk berkongsi lagu sebagai projek GarageBand yang boleh diedit: ketik Projek.
Untuk berkongsi lagu sebagai fail audio: ketik Lagu.
Ketik Kongsi dengan Schoolwork.
Untuk guru: Tetingkap Edaran Baharu dibuka dengan lagu GarageBand dilampirkan. Guru boleh menugaskan edaran kepada kelas atau pelajar individu.
Untuk pelajar: Senarai edaran tersedia muncul.
Lakukan satu daripada berikut:
Untuk guru: Isikan tajuk, tarikh jangka dan maklumat lain untuk edaran, ketik butang Pemeriksa untuk memilih pilihan kongsi untuk lagu yang dilampirkan, kemudian ketik Siar untuk menghantar edaran.
Untuk pelajar: Ketik edaran untuk melampirkan lagu, kemudian ketik Hantar.
Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang app Schoolwork, buka Bantuan Schoolwork daripada dalam app.