Rakam persembahan Live Loops dalam GarageBand untuk iPad
Anda boleh merakam persembahan Live Loops ke paparan Tracks. Apabila anda mula merakam, sebarang sel yang dimainkan sekarang akan dirakamkan ke trek sepadan dalam paparan Tracks, dari permulaan bahagian lagu semasa. Jika anda memainkan sel semasa rakaman, ia dirakamkan daripada rentak (kedudukan masa) semasa ia mula dimainkan. Sebarang perubahan yang anda lakukan pada seting sel, seperti melaraskan kelajuan, pic atau arah sel, akan turut dirakamkan.
Rakam persembahan ke paparan Tracks
Ketik butang Rakam dalam bar kawalan.
Mulakan persembahan dengan mengetik sel atau pencetus untuk memulakan main balik. Main balik sel dirakamkan ke trek dalam paparan Tracks yang sepadan dengan baris sel.
Untuk menghentikan rakaman, ketik butang Henti dalam bar kawalan.
Untuk melihat dan memainkan persembahan anda, ketik butang Paparan Tracks dalam bar kawalan.