
Berhubung dengan rakan dalam app Apple Games pada Mac
Lebih seronok untuk bermain permainan dengan rakan. Anda boleh menggunakan app Apple Games untuk menjemput rakan, melihat permintaan rakan dan banyak lagi.
Tambah rakan
Pergi ke app Apple Games
pada Mac anda.
Klik Rakan, kemudian klik
di penjuru kanan atas.
Cari kenalan dengan memasukkan nama mereka, kemudian klik Jemput.
Hantar jemputan menggunakan app Mesej.
Anda juga boleh menambah rakan dalam Game Center dengan pergi ke app Seting Sistem , mengklik Game Center
dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian mengklik Jemput Rakan.
Balas permintaan rakan
Jika anda menerima permintaan rakan daripada kenalan dalam app Apple Games, terdapat beberapa cara anda boleh membalas:
Dalam app Apple Games: Klik avatar anda di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Permintaan Rakan. Anda juga boleh mengklik Rakan, kemudian klik
bersebelahan permintaan rakan.
Dalam app Mesej: Klik pautan permintaan rakan.
Dalam app Seting Sistem: Klik Game Center
dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian klik Permintaan Rakan.
Lihat rakan anda
Pergi ke app Apple Games
pada Mac anda.
Klik avatar anda di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Semua Rakan.
Anda juga boleh melihat rakan anda dalam Game Center dengan pergi ke app Seting Sistem , mengklik Game Center
dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian mengklik Semua Rakan.
Bantu kenalan mencari anda pada Game Center
Anda boleh membenarkan rakan Game Center anda menemui anda menggunakan alamat e‑mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Game Center
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Kebolehtemuan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Bantu Rakan Mencari Anda.
Biarkan pemain berdekatan menjemput anda ke permainan
Anda boleh membenarkan pemain Game Center berdekatan yang bermain permainan yang sama menjemput anda menyertai mereka dalam permainan berbilang pemain melalui Wi-Fi atau Bluetooth®.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Game Center
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Aktiviti Permainan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pemain Berdekatan.
Laporkan pengguna atau keluarkan rakan
Anda boleh melaporkan pengguna kerana menipu, gambar atau nama panggilan yang tidak sesuai atau masalah lain. Anda juga boleh mengeluarkan seseorang daripada senarai Rakan anda.
Pergi ke app Apple Games
pada Mac anda.
Klik avatar anda di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Semua Rakan.
Pilih rakan yang anda mahu laporkan atau keluarkan, klik
, kemudian pilih Laporkan atau Keluarkan Rakan.