YIELDMAT
Fungsi YIELDMAT mengembalikan kadar faedah tahunan berkesan untuk sekuriti yang hanya membayar faedah pada kematangan.
YIELDMAT(settle, maturity, issue, annual-rate, price, days-basis)
settle: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh penyelesaian dagangan, biasanya satu atau lebih hari selepas tarikh dagangan. settle mesti selepas tarikh yang ditentukan untuk issue.
maturity: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh apabila sekuriti matang. maturity mesti selepas tarikh yang ditentukan untuk settle.
issue: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh mewakili tarikh sekuriti dikeluarkan pada asalnya.
annual-rate: Nilai nombor yang mewakili kadar kupon tahunan atau kadar faedah tahunan yang dinyatakan bagi sekuriti yang digunakan bagi menentukan bayaran faedah berkala. annual-rate mesti lebih besar daripada 0 dan dimasukkan sebagai nilai desimal (contohnya, 0.08) atau dengan tanda peratusan (contohnya, 8%).
price: Nilai nombor yang mewakili kos sekuriti setiap $100 daripada nilai tara. price dikira sebagai purchase price / face value * 100 dan mesti lebih besar daripada 0.
days-basis: Nilai modal pilihan yang menentukan bilangan hari setiap bulan dan hari setiap tahun (konvensyen berdasarkan hari) yang digunakan dalam kiraan.
30/360 (0 atau dikecualikan): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah NASD untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
actual/actual (1): Hari sebenar dalam setiap bulan, hari sebenar dalam setiap tahun.
actual/360 (2): Hari sebenar dalam setiap bulan, 360 hari dalam setahun.
actual/365 (3): Hari sebenar dalam setiap bulan, 365 hari dalam setahun.
30E/360 (4): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah Eropah untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
Contoh |
---|
Katakan anda mempertimbangkan untuk membeli sekuriti hipotetikal. Sekuriti dikeluarkan pada asalnya pada 14 Disember 2008 (issue), pembelian anda akan mengenap pada 1 Mei 2009 (settle), sekuriti matang pada 100 per $100 nilai muka (price ialah 100) pada 30 Jun 2015, dan sekuriti hanya membayar faedah pada kematangan pada kadar tahunan 6.5% (annual-rate) dikira berdasarkan pada asas 30/360 hari (days-basis). Sekuriti ditawarkan pada 99.002 (price). =YIELDMAT("01/05/2009", "30/06/2015", "14/12/2008", 0.065, 99.002, 0) mengembalikan lebih kurang 6.565%, hasil pada kematangan berdasarkan anggapan yang ditentukan. Hasil pada kematangan adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan jika sekuriti berharga kurang daripada harga kematangan dan kurang daripada kadar faedah tahunan jika sekuriti berharga lebih daripada harga kematangan. |