Saiz semula item pada papan Freeform pada Mac
Anda boleh mensaiz semula item secara bebas untuk mengubah suai perkadarannya dengan sebarang cara yang anda mahukan, atau secara berkadaran untuk menjadikannya lebih besar atau lebih kecil tanpa mengubah bentuknya yang penting.
Nota: Kumpulan yang mengandungi item tertentu hanya boleh disaiz semula secara berkadaran. Item ini termasuk imej dan filem yang telah diputarkan serta bentuk yang mempunyai titik hijau apabila dipilih.
Saiz semula item secara bebas
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Jika item dikunci, anda perlu mengklik sebelum anda boleh mensaiz semula item.
Control-klik item, kemudian pastikan kotak semak Kekang Perkadaran dinyahpilih.
Seret pemegang pilihan.
Saiz semula item secara berkadaran
Kotak teks sentiasa disaiz semula secara berkadaran. Untuk item lain, anda boleh mengekang perkadaran.
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Jika item dikunci, anda perlu mengklik sebelum anda boleh mensaiz semula item.
Control-klik item, kemudian pastikan kotak semak Kekang Perkadaran dipilih.
Seret pemegang pilihan penjuru secara pepenjuru.
Petua: Walaupun kotak semak Kekang Perkadaran dinyahpilih, anda boleh menekan dan menahan kekunci Shift semasa anda menyeret pemegang pilihan penjuru secara pepenjuru untuk mensaiz semula item secara berkadaran.
Apabila anda mensaizkan semula bentuk, saiz teks bertambah atau berkurang secara automatik berdasarkan ruang yang tersedia dalam bentuk. Jika anda mahu teks kekal pada saiz yang sama tanpa mengira saiz bentuk, pilih Format > Teks dalam bar menu, kemudian nyahpilih Saiz Auto Teks.