Bermula dengan Freeform pada Mac
Anda boleh menggunakan app Freeform (termasuk pada Mac anda) untuk mencari ilham anda sendiri atau dengan orang lain—rancang jadual perjalanan, bina papan cerita, cipta carta tempat duduk dan banyak lagi. Begini caranya untuk bermula.
Cipta papan
Papan Freeform mempunyai kanvas fleksibel yang anda boleh bekerja pada projek individu, mengadakan sesi memerah otak berkumpulan, atau menggabungkan kedua-duanya. Untuk bermula, buka app Freeform dan cipta papan baharu.
Tambah teks, media, fail dan banyak lagi
Tambah hampir apa sahaja pada papan—semuanya daripada teks, bentuk, garis, foto, video, pautan, nota lekat dan fail lain. Kemudian, format dan alihkan item ke sekeliling sehingga papan anda sepadan dengan idea anda—lebih besar, lebih baik.
Akses papan anda pada semua peranti anda
Apabila anda mendaftar masuk ke peranti Apple anda menggunakan Apple ID, anda boleh mengakses papan anda pada semua peranti Apple anda.
Bekerjasama dengan orang lain
Freeform amat bagus untuk perkongsian papan dan bekerjasama dengan orang lain. Anda melihat perubahan semua orang semasa perubahan dilakukan.