Tukar penampilan papan Freeform pada Mac
Anda boleh menukar cara papan Freeform anda kelihatan. Ini tidak hanya membantu apabila anda mencipta papan, ia juga membantu kemudian apabila anda menunjukkannya kepada orang lain.
Lihat lebih banyak papan atas skrin dan zum masuk atau keluar
Apabila anda melihat papan atau menunjukkannya kepada orang lain, anda boleh memanfaatkan pilihan pensaizan dan paparan.
Pergi ke app Freeform
pada Mac anda.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Keluarkan bar sisi: Pilih Paparan > Sembunyikan Bar Sisi.
Masuk skrin penuh: Pilih Paparan > Masuk Skrin Penuh.
Zum masuk dan keluar: Klik
atau
di penjuru kiri bawah papan untuk zum masuk atau keluar.
Zum pada kandungan khusus: Pilih item pada papan yang anda mahu zum masuk, kemudian pilih Paparan > Zum > Zum ke Pilihan.
Zum untuk melihat semua kandungan dalam papan pada skrin: Pilih Paparan > Zum > Zum untuk Muat Kandungan.
Sorot sekeliling papan anda: Klik dan seret kanvas semasa menekan bar Space.
Anda juga boleh menggunakan trackpad Apple atau Magic Mouse untuk menggunakan gerak isyarat seperti cubit dan leret untuk zum masuk pada item atau bergerak sekeliling papan. Lihat Pintasan papan kekunci dan gerak isyarat serta Lihat dan sesuaikan gerak isyarat tetikus atau trackpad.
Tukar latar belakang papan
Apabila Mod Gelap diaktifkan, anda boleh memberikan papan kanvas gelap dan kawalan yang sepadan. Anda juga boleh menunjukkan grid titik kelabu pada papan anda, yang membenarkan anda untuk melihat sama ada item sebaris dengan lebih mudah.
Pergi ke app Freeform
pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Gunakan kanvas gelap: Pilih Paparan > Tunjukkan dengan Latar Belakang Gelap. Jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan anda menghidupkan Mod Gelap.
Gunakan warna lain di latar belakang: Papan Freeform mempunyai latar belakang hitam atau putih. Untuk mentakrifkan ruang kerja dalam papan anda yang mempunyai warna latar belakang berbeza, tambah segi empat tepat besar dengan sebarang warna, Control-klik segi empat tepat, kemudian pilih Hantar Ke Belakang Sekali dan Kunci. Lihat Susun item di atas atau belakang item lain.
Tambah latar belakang grid titik: Klik
di penjuru kanan bawah (atau pilih Paparan > Tunjukkan Grid).
Keluarkan latar belakang grid titik: Klik
di penjuru kanan bawah (atau pilih Paparan > Sembunyikan Grid).
Petua: Untuk membuat penjuru dan titik sejajar dengan titik berdekatan pada grid semasa anda mensaiz semula atau mengalihkan item, pilih Paparan > Lekat ke Grid.