Akses papan Freeform anda pada semua peranti Apple anda
Selepas anda mendaftar masuk dengan Apple ID, anda boleh mengaktifkan Freeform dalam seting iCloud supaya semua papan yang anda cipta, kongsi dan padam dikemas kini pada semua peranti Apple anda secara automatik.
Nota: Freeform tersedia pada macOS Ventura 13.1, iOS 16.2, iPadOS 16.2, atau lebih baharu.
Aktifkan Freeform pada Mac
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi. Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta Apple ID.
Klik iCloud di sebelah kanan, kemudian aktifkan Freeform jika ia belum diaktifkan.
Aktifkan Freeform pada iPhone atau iPad
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Di bawah App menggunakan iCloud, ketik Tunjukkan Semua, kemudian aktifkan Freeform jika ia belum diaktifkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan iCloud, lihat panduan pengguna untuk iPhone dan iPad.