Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Eksport fon dalam Buku Fon pada Mac
Eksport fon untuk digunakan pada komputer lain atau untuk dihantar kepada seseorang.
Nota: Sebelum anda mengeksport fon, semak perjanjian lesen fon—klik butang maklumat Info dalam bar alat, kemudian klik Penggunaan untuk melihat maklumat lesen.
Dalam app Buku Fon pada Mac anda, pilih satu atau lebih fon untuk dieksport.
Pilih Fail > Eksport, pilih tempat untuk menyimpannya, kemudian klik Buka.