Pasang dan sahkan fon dalam Buku Fon pada Mac
Untuk menggunakan fon dalam aplikasi, anda perlu memasang fon menggunakan Buku Fon. Apabila anda memasang fon, Buku Fon menyenaraikan sebarang masalah yang dijumpai untuk anda menyemaknya semula. Anda juga boleh sahkan fon kemudian.
Memasang Fon
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Dalam app Buku Fon , klik butang Tambah dalam bar alat Buku Fon, cari dan pilih fon, kemudian klik Buka.
Seret fail fon ke ikon app Buku Fon dalam Dock.
Dwiklik fail fon di dalam Finder, kemudian klik Pasang Fon dalam dialog yang muncul.
Apabila anda memasang fon, Buku Fon mengesahkan atau menyemaknya untuk ralat secara automatik.
Fon yang anda pasang tersedia hanya untuk anda, atau kepada sesiapa yang menggunakan komputer anda, bergantung pada lokasi lalai yang anda setkan untuk fon dipasang. Lihat Tukar keutamaan Buku Fon.
Muat turun fon sistem
Fon sistem yang anda boleh muat turun kelihatan dimalapkan dalam senarai fon dalam tetingkap Buku Fon.
Dalam app Buku Fon pada Mac anda, klik Semua Fon dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih keluarga fon yang dimalapkan atau satu atau lebih gaya yang dimalapkan.
Klik Muat Turun di bahagian atas dalam anak tetingkap pratonton, kemudian klik Muat Turun dalam dialog yang muncul.
Jika anak tetingkap pratonton tidak ditunjukkan, pilih Lihat > Tunjukkan Pratonton. Jika anda tidak melihat butang Muat Turun, tukar ke jenis pratonton lain (butang Muat Turun tidak tersedia dalam pratonton Maklumat).
Sahkan fon
Jika fon tidak dipaparkan dengan betul atau dokumen tidak boleh dibuka disebabkan oleh fon yang rosak, sahkan fon untuk mencari isu dan memadamkan fon.
Dalam app Buku Fon pada Mac anda, pilih fon, kemudian Fail > Sahkan Fon.
Dalam tetingkap Pengesahan Fon, klik anak panah bersebelahan fon untuk menyemak butiran.
Ikon berwarna hijau menunjukkan fon lulus, ikon berwarna kuning menunjukkan amaran dan ikon berwarna merah menunjukkan yang ia gagal.
Pilih kotak semak bersebelahan fon yang gagal, kemudian klik Keluarkan Yang Ditanda.
Petua: Untuk mencari amaran atau ralat dalam senarai panjang fon, klik menu timbul di bahagian atas tetingkap Pengesahan Fon, kemudian pilih Amaran dan Ralat.
Selesaikan fon duplikasi
Jika fon mempunyai duplikasi, ia mempunyai simbol amaran kuning bersebelahannya dalam senarai fon.
Dalam app Buku Fon pada Mac anda, pilih Edit > Cari Duplikasi yang Didayakan.
Klik pilihan:
Selesaikan Secara Automatik: Buku Fon menyahdayakan atau mengalihkan duplikasi ke Sampah, seperti yang disetkan dalam keutamaan Buku Fon.
Selesaikan Secara Manual: Teruskan ke langkah seterusnya untuk menyemak semula dan mengendalikan duplikasi anda sendiri.
Periksa duplikasi dan salinannya, kemudian pilih satu salinan untuk disimpan.
Salinan yang Buku Fon syorkan agar disimpan dilabelkan “salinan Aktif” dan dipilih. Untuk menyemak semula salinan lain, pilih satu.
Klik Selesaikan Duplikasi Ini atau, jika terdapat lebih daripada satu duplikasi, Selesaikan Semua Duplikasi.
Jika anda mahu salinan tidak aktif pergi ke dalam Sampah, pilih “Selesaikan duplikasi dengan mengalihkan fail fon duplikasi ke Sampah.”
Dalam sesetengah app, seperti Mail atau TextEdit, anda boleh memilih fon untuk digunakan sebagai lalai dalam app. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, cari bantuan terbina dalam untuk app.