Laraskan seting peta dalam Cari pada Mac
Anda boleh menukar paparan peta atau unit jarak.
Nota: Seting ini hanya mempengaruhi peta dalam app Cari pada Mac anda. Ia tidak mempengaruhi peta dalam app atau peta lain dalam Cari pada peranti lain anda.
Dalam app Cari pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat lokasi semasa anda: Klik butang Lokasi Semasa di penjuru kiri bawah peta.
Tukar paparan peta: Klik butang Peta di penjuru kiri bawah peta, kemudian pilih Lalai, Hibrid, atau Satelit.
Lihat peta dalam 3D: Klik butang 2D di penjuru kiri bawah peta. Seret gelangsar di penjuru kanan bawah untuk melaraskan sudut. Anda mungkin perlu zum masuk pada peta sebelum objek muncul dalam 3D.
Untuk melihat paparan flyover, gunakan paparan Satelit dalam 3D.
Zum ke dalam atau ke luar: Klik butang zum ( atau ) di bahagian penjuru kanan bawah peta.
Tukar unit jarak: Pilih Paparan > Jarak > Dalam Batu, atau Paparan > Jarak > Dalam Kilometer.