Apple ProRes
Rangkaian codec video yang dibangunkan oleh Apple yang menyediakan gabungan prestasi pengeditan berbilang strim masa nyata yang tiada tandingan, kualiti imej yang mengagumkan dan kadar storan yang dikurangkan. Codec Apple ProRes memanfaatkan sepenuhnya pemprosesan berbilang teras dan menampilkan mod penyahkodan resolusi dikurangkan yang pantas. Semua codec ProRes menyokong sebarang saiz bingkai (termasuk SD, HD, 2K, 4K, 6K, 8K dan lebih besar) pada resolusi penuh. Kadar data berbeza-beza berdasarkan jenis codec, kandungan imej, saiz bingkai dan kadar bingkai.
Apple ProRes termasuk format berikut:
Apple ProRes 4444 XQ: Versi Apple ProRes kualiti tertinggi untuk sumber imej 4:4:4:4 (termasuk saluran alfa), dengan kadar data yang sangat tinggi untuk mengekalkan butiran dalam imejan julat dinamik tinggi yang dijana oleh sensor imej digital kualiti tertinggi hari ini. Apple ProRes 4444 XQ mengekalkan julat dinamik beberapa kali lebih besar daripada julat dinamik imejan Rec. 709—walaupun dengan keketatan pemprosesan kesan visual ekstrem, di mana hitam skala ton atau serlahan dilanjutkan secara ketara. Seperti Apple ProRes 4444 standard, codec ini menyokong sehingga 12 bit per saluran imej dan sehingga 16 bit untuk saluran alfa. Apple ProRes 4444 XQ mempunyai kadar data sasaran lebih kurang 500 Mbps untuk sumber 4:4:4 pada 1920 x 1080 dan 29.97 bps.
Apple ProRes 4444: Versi Apple ProRes berkualiti sangat tinggi untuk sumber imej 4:4:4:4 (termasuk saluran alfa). Codec ini menampilkan warna RGBA 4:4:4:4 berkualiti pengindukan resolusi penuh dan ketepatan visual yang tidak dapat dibezakan secara pengamatan daripada bahan asal. Apple ProRes 4444 ialah penyelesaian berkualiti tinggi untuk menyimpan dan bertukar grafik pergerakan serta komposit, dengan prestasi berbilang penjanaan yang cemerlang dan saluran alfa tanpa kehilangan secara matematik sehingga 16 bit. Codec ini menampilkan kadar data yang rendah dengan ketara berbanding HD 4:4:4 yang tidak dimampatkan, dengan kadar data sasaran lebih kurang 330 Mbps untuk sumber 4:4:4 pada 1920 x 1080 dan 29.97 bps. Ia turut menawarkan pengekodan terus kepada dan penyahkodan daripada format piksel RGB dan Y'CbCr.
Apple ProRes 422 HQ: Versi kadar data lebih tinggi Apple ProRes 422 yang mengekalkan kualiti visual pada paras tinggi yang sama seperti Apple ProRes 4444, tetapi untuk sumber imej 4:2:2. Dengan penerimaan meluas merentas industri pasca penerbitan video, Apple ProRes 422 HQQ menawarkan pengekalan tanpa kehilangan visual bagi video HD profesional berkualiti tertinggi yang boleh dibawa oleh isyarat HD-SDI pautan tunggal. Codec ini menyokong sumber video lebar penuh 4:2:2 pada kedalaman piksel 10 bit, sambil kekal tiada kehilangan menerusi banyak penjanaan penyahkodan dan pengekodan semula. Kadar data sasaran Apple ProRes 422 HQ ialah lebih kurang 220 Mbps pada 1920 x 1080 dan 29.97 bps.
Apple ProRes 422: Codec dimampatkan berkualiti tinggi yang menawarkan hampir semua manfaat Apple ProRes 422 HQ, tetapi pada 66 peratus kadar data untuk prestasi pengeditan berbilang strim masa nyata yang lebih baik. Kadar data sasaran Apple ProRes 422 ialah lebih kurang 147 Mbps pada 1920 x 1080 dan 29.97 bps.
Apple ProRes 422 LT: Codec dimampatkan lebih tinggi daripada Apple ProRes 422, dengan lebih kurang 70 peratus kadar data dan saiz fail 30 peratus lebih kecil. Codec ini sesuai untuk persekitaran yang kapasiti storan dan kadar data adalah terhad. Kadar data sasaran Apple ProRes 422 LT ialah lebih kurang 102 Mbps pada 1920 x 1080 dan 29.97 bps.
Apple ProRes 422 Proksi: Codec yang lebih dimampatkan daripada Apple ProRes 422 LT, bertujuan untuk digunakan dalam aliran kerja luar talian yang memerlukan kadar data rendah tetapi video resolusi penuh. Kadar data sasaran Apple ProRes 422 Proksi ialah lebih kurang 45 Mbps pada 1920 x 1080 dan 29.97 bps.
Nota: Apple ProRes 4444 dan Apple ProRes 4444 XQ sesuai untuk pertukaran media grafik pergerakan kerana ia hampir tiada kehilangan dan merupakan satu-satunya codec Apple ProRes yang menyokong saluran alfa.