Uruskan panggilan FaceTime di web
Apabila anda menyertai panggilan pada web daripada pautan FaceTime dengan peranti yang memenuhi keperluan ini, anda boleh berkongsi pautan dengan orang lain, melihat paparan anda dan banyak lagi.
Apabila anda dalam panggilan FaceTime di web, lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat panggilan video dalam skrin penuh: Klik butang Togol Skrin Penuh .
Kembali ke saiz tetingkap standard (daripada skrin penuh atau terpisah): Klik butang Togol Skrin Penuh , atau tekan kekunci Esc.
Tukar ke panggilan audio: Klik butang Senyapkan Video . Untuk mengaktifkan semula kamera, klik butang itu lagi.
Senyapkan panggilan: Klik butang Senyap . Anda masih boleh mendengar orang lain dalam panggilan, tetapi mereka tidak boleh mendengar anda.
Untuk nyahsenyapkan diri anda sendiri, klik butang Senyap lagi.
Susun tiga atau lebih ramai peserta dalam grid: Klik butang Lagi , kemudian klik Gunakan Paparan Grid.
Kongsi pautan dengan orang lain: Klik butang Lagi , klik Salin Pautan atau Kongsi Pautan, kemudian pilih cara anda mahu berkongsi pautan.
Tukar kamera atau mikrofon anda: Klik butang Lagi , kemudian pilih Kamera dan Mikrofon yang anda mahu gunakan untuk panggilan.
Petua: Pada sesetengah peranti, anda mungkin boleh menggunakan kamera menghadap depan—klik butang Tukar Kamera .