
Tapis panggilan dalam FaceTime pada Mac
Dalam FaceTime pada Mac, anda boleh menyenyapkan panggilan daripada pemanggil tidak dikenali atau panggilan yang dikenal pasti sebagai spam dan mengalihkan panggilan tersebut ke senarai berasingan dalam sejarah panggilan anda.
Pergi ke app FaceTime
pada Mac anda.
Pilih FaceTime > Seting, kemudian klik FaceTime.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan penapisan panggilan untuk pemanggil tidak dikenali: Dalam bahagian Penapisan Panggilan, pilih kotak semak di sebelah Pemanggil Tidak Dikenali. Panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali disenyapkan dan dialihkan ke senarai Pemanggil Tidak Dikenali dalam sejarah panggilan anda. (Kadar panggilan dan data mungkin dikenakan.)
Aktifkan penapisan panggilan untuk panggilan yang dikenal pasti sebagai spam: Dalam bahagian Penapisan Panggilan, pilih kotak semak di sebelah Spam FaceTime. Panggilan yang disyaki spam disenyapkan, dialihkan ke senarai Spam dalam sejarah panggilan anda dan disembunyikan daripada Skrin Kunci.
Jika anda tidak mahu menerima sebarang panggilan menerusi FaceTime, daftar keluar daripada FaceTime pada setiap peranti Apple. Lihat Daftar masuk atau keluar daripada FaceTime.
Petua: Anda juga boleh menyediakan komunikasi dengan kenalan anda sahaja untuk mengelakkan panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali.