macOS High Sierra
Dapatkan maklumat cakera
Gunakan anak tetingkap Maklumat dalam tetingkap Maklumat Cakera untuk melihat butiran teknikal tentang DVD.
Selepas memasukkan cakera yang diingini, pilih Fail > Dapatkan Maklumat Cakera.
Tajuk: Tajuk DVD seperti yang kelihatan dalam Finder.
Video: Format dan saiz DVD.
Audio: Ciri-ciri audio DVD.
Media: Format dan jenis media DVD.
Seting: Nama fail seting di mana Pemain DVD menyimpan seting khusus (seperti seting warna video, zum video atau penyama audio) dan penanda buku untuk DVD. Anda boleh mempenduakan fail ini dan memindahkannya ke komputer lain.
Dedahkan: Menunjukkan fail seting dalam Finder, untuk menduplikasi atau memindahkan fail dengan lebih mudah.