Sesuaikan output audio dalam Pemain DVD pada Mac
Jika DVD termasuk berbilang runut bunyi, seperti trek komentar atau dialog dalam bahasa berbeza, anda boleh memilih runut bunyi yang mana untuk digunakan dalam Pemain DVD.
Untuk beberapa DVD, anda mungkin perlu menggunakan menu interaktif filem untuk membuat perubahan ini.
Pilih satu runut bunyi
Dalam app Pemain DVD pada Mac anda, mula memainkan filem. Pilih Ciri > Audio, kemudian pilih trek audio. Anda juga boleh mengetik butang Sari Kata dalam Touch Bar untuk melihat senarai pilihan Audio yang tersedia.
Pilih peranti output audio
Anda boleh menggunakan jenis peralatan audio yang berlainan untuk mendengar audio daripada filem DVD. Secara lalai, app Pemain DVD memainkan audio pada speaker dalaman komputer atau fon kepala anda, apabila disambungkan.
Untuk memilih peranti output audio pada Mac anda, lakukan yang berikut:
Sambung peranti audio anda ke komputer anda.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi , kemudian klik Output.
Pilih peranti untuk output bunyi.