Keutamaan Pemain
Gunakan keutamaan Pemain untuk mengesetkan apa yang berlaku apabila app Pemain DVD dibuka, apabila cakera dimasukkan ke dalam pemacu DVD, apabila bunyi pada Mac anda disenyapkan dan banyak lagi.
Untuk melihat keutamaan ini, pilih Pemain DVD > Keutamaan, kemudian klik Pemain.
Apabila Pemain DVD buka | Setkan apa yang berlaku apabila app Pemain DVD dibuka. |
Apabila Pemain DVD tidak aktif | Menjeda main balik sementara apabila Pemain DVD tidak aktif. |
Apabila cakera dimasukkan | Mulakan main balik serta-merta selepas cakera dimasukkan ke dalam pemacu DVD anda. |
Apabila bermain menggunakan bateri | Tidurkan pemacu DVD apabila Mac anda tidak disambungkan ke punca kuasa. |
Apabila disenyapkan | Aktifkan kapsyen tertutup secara automatik apabila bunyi Pemain DVD disenyapkan. |
Apabila pemapar dikecilkan | Jeda main balik secara automatik apabila tetingkap pemapar Pemain DVD diminimumkan ke dalam Dock. |