set RAID dicerminkan

Tatasusunan Lewah Cakera Tak Bersandar, atau set RAID dicerminkan, boleh membantu melindungi data anda terhadap kegagalan cakera. Data anda ditulis pada dua atau lebih cakera sekali gus, jadi jika satu daripada cakera gagal atau diputuskan sambungan, Mac anda masih boleh akses data dari cakera lain. Jika anda sambung semula cakera yang anda putuskan sambungan, set RAID boleh membina ia semula dalam latar belakang supaya ia mengandungi data yang terkini.

Anda boleh menambah cakera gantian, juga dipanggil “gantian panas,” ke set, yang tidak ditulis kecuali cakera lain gagal atau ia diputuskan sambungan. Jika cakera gagal atau diputuskan sambungan, set RAID membina semula satu dari gantian, supaya ia mengandungi data terbaru. Jika anda sambung semula cakera selepas set RAID menggantikannya dengan gantian, cakera yang disambungkan semula dianggap sebagai gantian.

Anda boleh memilih untuk mempunyai set RAID membina semula cakera gantian secara automatik, atau anda boleh membina ia semula sendiri.

Walaupun anda mempunyai set RAID dicerminkan, anda masih perlu menyandarkan data anda dengan kerap. Pencerminan melindungi anda dari sesetengah jenis kegagalan perkakasan, tetapi bukan dari ralat pengguna atau kerosakan perisian. Jika anda memadam fail, ia dipadamkan dari cermin juga. Jika perisian merosakkan fail, ia juga turut rosak pada cermin.