Tentukan seting NIS
Menggunakan Utiliti Direktori, anda boleh mencipta konfigurasi yang menentukan bagaimana Mac mengakses domain Perkhidmatan Maklumat Rangkaian (NIS).
Buka Utiliti Direktori untuk saya
Klik Perkhidmatan.
Klik ikon kunci.
Masukkan nama dan kata laluan pengguna pentadbir, kemudian klik Ubah Suai Konfigurasi (atau gunakan Touch ID).
Pilih NIS, kemudian klik butang Edit (kelihatan seperti pensel).
Masukkan nama domain NIS, nama hos DNS atau alamat IP pelayan di mana domain NIS berada.
Sertakan nama hos pelayan NIS atau alamat IP jika ia dikehendaki untuk keselamatan atau jika pelayan bukan berada pada subjaringan yang sama seperti komputer yang sedang anda konfigurasi.
Jika anda tidak menentukan pelayan, NIS menggunakan protokol siaran untuk menemui pelayan NIS pada subjaringan.
Pilih “Gunakan domain NIS untuk pengesahan,” kemudian klik OK.
Domain NIS ditambah ke dasar carian pengesahan komputer sebagai /NIS/domain, di mana domain ialah nama yang anda masukkan dalam langkah 5.