Selaraskan rancangan TV antara komputer Windows dan iPhone, iPad atau iPod anda
Anda boleh menyelaraskan semua atau pilihan rancangan TV anda pada komputer Windows anda ke iPhone, iPad atau iPod anda. Jika anda mempunyai iPod klasik, ia mestilah serasi video. Anda mesti memasang app Apple TV dipasang pada komputer Windows anda.
Lihat Pengenalan kepada menyelaraskan komputer Windows dan peranti Apple anda.
Selaraskan rancangan TV ke peranti anda
Sambungkan peranti Apple anda ke komputer Windows anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C.
Dalam app Peranti Apple pada komputer Windows anda, pilih peranti dalam bar sisi.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke komputer Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C dan tidak melihat peranti dalam bar sisi, lihat Jika iPhone, iPad atau iPod anda tidak kelihatan dalam bar sisi.
Pilih Rancangan TV dalam bar sisi.
Pilih kotak semak “Selaraskan rancangan TV ke [nama peranti]” untuk mengaktifkan penyelarasan rancangan TV anda.
Dengan kotak semak dipilih, penyelarasan disetkan untuk memindahkan semua rancangan TV anda ke peranti anda.
Nota: Jika anda tidak melihat rancangan TV yang anda mahu selaraskan, semak yang anda telah memuat turunnya sebagai HD atau SD Paling Serasi dalam app Apple TV pada komputer Windows anda. Lihat Tukar seting Main Balik dalam app Apple TV pada Windows.
Untuk menyelaraskan pilihan rancangan TV, pilih kotak semak “Sertakan secara automatik”, kemudian gunakan menu untuk memilih sama ada jumlah rancangan TV terbaharu, terbaharu belum ditonton atau paling lama belum ditonton. Kemudian pilih untuk menyertakan semua rancangan atau rancangan dipilih daripada menu episod.
Bergantung pada sama ada anda mahu menyelaraskan rancangan TV individu atau tidak, pilih atau nyahpilih kotak semak untuk rancangan.
Pilih Rancangan TV atau Senarai Main untuk melihat kandungan anda disusun mengikut kategori tersebut.
Apabila anda bersedia untuk menyelaraskan, klik Guna.
Anda boleh memilih untuk menyelaraskan komputer Windows anda dan peranti anda secara automatik pada bila-bila masa anda menyambungkannya. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan penyelarasan automatik.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada komputer Windows anda, klik butang Keluarkan dalam bar sisi.
Keluarkan rancangan TV yang diselaraskan secara automatik daripada peranti Apple anda
Untuk mengeluarkan rancangan TV hanya daripada peranti anda sementara menyimpannya pada komputer Windows anda, ikuti langkah ini:
Sambungkan peranti Apple anda ke komputer Windows anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C.
Dalam app Peranti Apple pada komputer Windows anda, pilih peranti anda dalam bar sisi, kemudian pilih Rancangan TV dalam bar sisi.
Dalam senarai Rancangan TV, nyahpilih kotak semak rancangan TV yang anda mahu keluarkan.
Selaraskan komputer Windows anda dengan peranti.
AMARAN: Jika anda memadamkan item yang diselaraskan secara automatik daripada komputer Windows anda, item yang dipadamkan dikeluarkan daripada peranti anda pada kali seterusnya anda menyelaras.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada komputer Windows anda, klik butang Keluarkan dalam bar sisi.