Masalah menyelaraskan muzik atau video pada Windows
Jika mesej kelihatan menyatakan yang muzik atau video tidak diselaraskan kerana ia tidak boleh dimainkan pada peranti Apple, anda boleh melaraskan seting untuk menukar fail muzik atau mengelakkan memindahkan fail video yang tidak dioptimumkan untuk peranti anda.
Sambungkan iPhone, iPad atau iPod anda ke peranti Windows anda. (Anda juga mungkin perlu mengetik Percaya pada peranti Apple anda.)
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda melalui Wi-Fi.
Pergi ke app Peranti Apple pada peranti Windows anda.
Pilih peranti Apple anda dalam bar sisi.
Pilih Umum dalam bar sisi.
Dalam bahagian Pilihan, lakukan satu daripada berikut:
Pilih kotak semak “Utamakan video definisi standard” untuk menyelaras video definisi standard sahaja dan tidak memindahkan video definisi tinggi daripada peranti Windows anda.
Pilih kotak semak “Tukarkan lagu dengan kadar bit lebih tinggi kepada”, kemudian pilih kadar bit daripada menu timbul. Menukar muzik ke kadar bit yang lebih rendah mencipta fail yang lebih kecil dan menjimatkan ruang storan pada peranti anda.
Nota: Walaupun muzik ditukar untuk peranti, muzik asal kekal dalam pustaka anda pada peranti Windows anda.
Apabila anda bersedia untuk menyelaraskan, pilih Guna.