Pulihkan peranti Apple anda ke seting kilangnya
Anda boleh memasang semula perisian yang asalnya berada pada peranti anda dan memulihkannya ke seting kilangnya. Anda mungkin perlu melakukan ini jika anda menghadapi masalah dengan peranti (contohnya, ia membeku atau tergendala dengan kerap) atau jika anda bersedia untuk menjual atau memberikan peranti.
Penting: Memulihkan peranti ke seting kilangnya memadamkan semua maklumat dan seting anda. Semasa memulihkan, anda boleh memilih untuk menyandarkan peranti anda pada komputer Windows anda. Anda boleh menggunakan sandaran ini untuk memulihkan maklumat dan seting anda pada peranti.
Sambungkan peranti Apple anda ke komputer Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C.
Dalam app Peranti Apple pada komputer Windows anda, pilih peranti dalam bar sisi.
Pilih Umum dalam bar sisi.
Pilih “Pulihkan [peranti]”, kemudian ikuti arahan atas skrin.