Pindahkan fail antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda
Anda boleh memindahkan fail daripada peranti Windows ke iPhone, iPad atau iPod touch anda (model iPod lain tidak menyokong penyelarasan fail). Sebagai contoh, anda boleh memindahkan fail khusus ke peranti Apple anda supaya anda boleh menggunakannya semasa berjauhan daripada peranti Windows anda.
Lihat Pengenalan kepada menyelaraskan peranti Windows dan peranti Apple anda.
Sambungkan peranti Apple anda ke peranti Windows anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda melalui Wi-Fi.
Dalam app Peranti Apple
pada peranti Windows anda, pilih peranti dalam bar sisi.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke peranti Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C dan tidak melihat peranti dalam bar sisi, lihat Jika iPhone, iPad atau iPod anda tidak kelihatan dalam bar sisi.
Pilih Fail dalam bar sisi.
Senarai app pada peranti anda yang menyokong perkongsian fail muncul.
Seret fail atau pilihan fail daripada peranti Windows anda ke app dalam tetingkap Peranti Apple.
Fail dipindahkan ke peranti serta-merta dan tersedia menggunakan app.
Pilih app daripada senarai untuk melihat fail yang telah dipindahkan ke peranti anda.
Untuk memadamkan fail, pilihnya, tekan Control-Delete, kemudian pilih Padam.
Fail dikeluarkan daripada peranti serta-merta. Anda tidak perlu menyelaras apabila memindahkan fail dengan cara ini.
Sebelum memutuskan sambungan peranti Apple anda daripada peranti Windows anda, pilih butang Keluarkan dalam bar sisi.
Anda juga mungkin mahu memindahkan fail daripada peranti Windows ke iPhone anda menggunakan app Fail. Lihat Pindahkan fail menggunakan peranti storan luaran, pelayan fail atau perkhidmatan storan awan dalam Panduan Pengguna iPhone untuk mengetahui lanjut.