Masalah menyelaraskan video atau muzik pada komputer Windows anda
Jika mesej kelihatan menyatakan yang muzik atau video tidak diselaraskan kerana ia tidak boleh dimainkan pada peranti Apple, anda boleh melaraskan seting untuk menukar fail muzik atau mengelakkan memindahkan fail video yang tidak dioptimumkan untuk peranti anda.
Sambungkan iPhone, iPad atau iPod anda ke komputer Windows anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C.
Dalam app Peranti Apple pada komputer Windows anda, pilih peranti dalam bar sisi.
Pilih Umum dalam bar sisi.
Dalam bahagian Pilihan, lakukan satu daripada berikut:
Pilih kotak semak “Utamakan video definisi standard” untuk menyelaras video definisi standard sahaja dan tidak memindahkan video definisi tinggi daripada komputer Windows anda.
Pilih kotak semak “Tukarkan lagu dengan kadar bit lebih tinggi kepada”, kemudian pilih kadar bit daripada menu timbul. Menukar muzik ke kadar bit yang lebih rendah mencipta fail yang lebih kecil dan menjimatkan ruang storan pada peranti anda.
Walaupun muzik ditukar untuk peranti, muzik asal kekal dalam pustaka anda pada komputer Windows anda.
Apabila anda bersedia untuk menyelaraskan, klik Guna.