Pengehadan MDM untuk peranti iPhone dan iPad
Anda boleh mengesetkan pengehadan untuk peranti iPhone dan iPad yang didaftarkan dalam penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM). Keadaan lalai untuk semua pengehadan yang disenaraikan di bawah adalah aktif melainkan perkataan “Lalai adalah tidak aktif” berada dalam lajur Kefungsian Pengehadan.
Nota: Bukan semua pengehadan tersedia dalam semua penyelesaian MDM dan penyelesaian mempunyai keupayaan untuk menukar keadaan lalai untuk sebarang pengehadan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketersediaan pengehadan MDM untuk peranti anda, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.
Seting | Sistem pengendalian disokong minimum | Diselia | Kefungsian pengehadan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Benarkan pemasangan app daripada tapak web (Di rantau yang layak) | iOS 17.5 | Ya | Menghalang pemasangan app terus daripada web. | ||||||||
Benarkan malap auto | iPadOS 17.4 | Ya | Menghalang peranti dengan skrin OLDE Tandem daripada dimalapkan. | ||||||||
Benarkan pemasangan app daripada pasaran alternatif (Di rantau yang layak) | iOS 17.4 | Ya | Menghalang pemasangan pasaran app alternatif baharu dan app yang dihoskan pada pasaran ini. | ||||||||
Pengekalan paksa eSIM apabila dipadamkan | iOS 17.2 iPadOS 17.2 | Ya | Menghalang eSIM daripada dipadamkan apabila peranti disetkan untuk dipadamkan selepas memasukkan kod laluan secara salah terlalu banyak kali. Nota: Sistem pengendalian tidak mengekalkan eSIM jika Cari memulakan pemadaman peranti. | ||||||||
Benarkan Mel Suara Langsung | iOS 17.2 | Ya | Menghalang pengguna daripada menggunakan Mel Suara Langsung. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Widget iPhone atau iPad pada Mac | iOS 17 iPadOS 17 | Tidak | Menghalang pengguna daripada menambah widget iPhone atau iPad pada Mac mereka. | ||||||||
Paksa penterjemahan pada peranti sahaja | iOS 15 iPadOS 15 | Tidak | Tidak akan membenarkan peranti bersambung ke pelayan Siri untuk tujuan terjemahan. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Geganti Peribadi iCloud | iOS 15 iPadOS 15 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengaktifkan Geganti Peribadi iCloud. | ||||||||
Papan tampal terurus | iOS 15 iPadOS 15 | Tidak | Membantu mengawal penampalan kandungan daripada app yang menggunakan pengurusan Buka Dalam diikuti oleh pengehadan Buka Dalam Terurus yang dikuatkuasakan. App Apple yang berfungsi dengan papan tampal terurus termasuk Kalendar, Fail, Mail dan Nota. App pihak ketiga dikawal berdasarkan sama ada ia terurus. Apabila pengguna cuba untuk menampal kandungan pada tempat yang tidak dibenarkan, notis Tampalan Tidak Dibenarkan kelihatan bersama dengan nama organisasi (yang boleh ditukar menggunakan perintah Seting). App juga tidak boleh meminta item daripada papan tampal apabila pengehadan ini digunakan dan kandungan melintas sempadan terurus. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Benarkan App Meminta untuk Menjejak | iOS 14.5 iPadOS 14.5 | Tidak | Pengguna tidak boleh mengaktifkan Benarkan App Meminta untuk Menjejak. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Buka kunci auto | iOS 14.5 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan Apple Watch mereka yang menggunakan watchOS 7.4 untuk membuka kunci iPhone berpasangan yang menggunakan iOS 14.5. | ||||||||
Paksa perencanaan pada peranti sahaja | iOS 14.5 iPadOS 14.5 | Tidak | Menghalang kandungan direncanakan daripada dihantar ke pelayan Siri untuk pemprosesan. Disokong pada peranti berikut:
Lalai tidak aktif. | ||||||||
Benarkan meletakkan peranti iOS atau iPadOS dalam Mod Pemulihan daripada hos yang tidak berpasangan | iOS 14.5 iPadOS 14.5 | Ya | Sebelum ini, sebarang komputer hos luaran dibenarkan untuk memulakan iPhone atau iPad yang disambungkan ke dalam recoveryOS (juga dikenali sebagai Mod Pemulihan). Ini bermaksud bahawa komputer hos boleh memadamkan peranti sepenuhnya dan memulihkan iOS atau iPadOS melalui sambungan USB tanpa sebarang interaksi fizikal lain dengan peranti. iOS 14.5 dan iPadOS 14.5 atau lebih baharu menghalang kelakuan ini secara lalai. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Benarkan Komunikasi medan dekat (NFC) | iOS 14.2 | Ya | Menghalang pengguna daripada menggunakan perkakasan NFC terbina dalam pada peranti serasi yang menggunakan iOS 14.2 atau lebih baharu. | ||||||||
Benarkan iklan diperibadikan yang disiarkan oleh Apple | iOS 14 iPadOS 14 | Tidak | Data pengguna tidak akan digunakan oleh platform pengiklanan Apple untuk menghantar iklan diperibadikan. | ||||||||
Benarkan Klip App | iOS 14 iPadOS 14 | Ya | Pengguna tidak boleh menambah Klip App. Sebarang Klip App sedia ada dikeluarkan apabila pengehadan ini digunakan. | ||||||||
Benarkan Sesi Sementara iPad Dikongsi | iPadOS 13.4 | Ya | iPad Dikongsi tidak membenarkan Sesi Sementara. | ||||||||
Benarkan sambungan pemacu rangkaian | iOS 13 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh bersambung ke pemacu rangkaian dalam app Fail. | ||||||||
Benarkan sambungan aksesori | iOS 13 iPadOS 13.1 | Ya | Peranti sentiasa boleh bersambung ke aksesori khusus semasa dikunci. Lihat Urus akses aksesori. | ||||||||
Paksa Wi-Fi aktif | iOS 13 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menyahaktifkan Wi-Fi dalam:
Pengguna boleh memilih rangkaian Wi-Fi untuk digunakan. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Benarkan Cari Peranti Saya | iOS 13 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan app Cari. | ||||||||
Benarkan Cari Rakan Saya | iOS 13 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan ciri Cari Rakan Saya dalam app Cari. | ||||||||
Benarkan papan kekunci QuickPath | iOS 13 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan papan kekunci QuickPath. | ||||||||
Ubah suai seting Hotspot peribadi | iOS 12.2 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh mengubah suai seting Hotspot. | ||||||||
Ubah suai seting eSIM | iOS 12.1 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menambah atau mengeluarkan pelan eSIM untuk iPhone yang menyokong eSIM. | ||||||||
Isi Auto Kehampiran | iOS 12 iPadOS 13.1 | Ya | Peranti pengguna tidak akan menunjukkan dirinya ke peranti berhampiran untuk kata laluan dengan menggunakan Isi Auto Kehampiran. Dalam iOS, iPadOS dan macOS, ciri ini hanya mengehadkan permintaan Kata Laluan Wi-Fi. | ||||||||
Kongsi kata laluan melalui AirDrop | iOS 12 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh berkongsi kata laluan mereka melalui AirDrop. | ||||||||
App tidak terurus membaca kenalan terurus | iOS 12 iPadOS 13.1 | Tidak | App tidak terurus boleh membaca kenalan daripada akaun terurus, walaupun jika app tidak terurus dihalang daripada membaca destinasi terurus. Lalai tidak aktif. | ||||||||
App Terurus untuk mengedit kenalan tidak terurus | iOS 12 iPadOS 13.1 | Tidak | App Terurus boleh mengedit kenalan ke akaun tidak terurus, walaupun App Terurus dihalang daripada mengedit destinasi tidak terurus. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Isi Auto Kata Laluan | iOS 12 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan Isi Auto Kata Laluan dan tiada gesaan ditunjukkan untuk memilih kata laluan disimpan daripada Rantai Kunci iCloud atau pengurus kata laluan pihak ketiga. | ||||||||
AirPlay, Lihat Skrin mengikut Bilik Darjah dan perkongsian skrin | iOS 12 | Tidak (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | Guru yang menggunakan Bilik Darjah tidak boleh menggunakan AirPlay dengan skrin pelajar, melihat skrin pelajar, atau berkongsi skrin pelajar. | ||||||||
“Set Secara Automatik” dalam seting Tarikh dan Masa | iOS 12 iPadOS 13.1 | Ya | Set Secara Automatik diaktifkan dan pengguna tidak boleh menyahaktifkannya. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Ubah suai pengehadan atau seting Masa Skrin | iPadOS 13.1 iOS 12 (Masa Skrin) iOS 8 (Pengehadan) | Ya | Pengguna tidak boleh mengesetkan pengehadan mereka sendiri pada peranti mereka untuk iOS 11.4.1 atau lebih awal. Pengguna tidak boleh mengesetkan seting Masa Skrin mereka sendiri pada peranti mereka untuk iOS 12 atau lebih baharu. | ||||||||
Benarkan aksesori disambungkan semasa dikunci | iOS 11.4.1 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna boleh sentiasa menyambungkan aksesori apabila iPhone atau iPad dikunci. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Mengaktifkan sambungan data secara selamat dalam Keselamatan Platform Apple. | ||||||||
Tangguh kemas kini perisian | iOS 11.3 iPadOS 13.1 | Ya | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Uji dan tangguh kemas kini perisian. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Perlukan keizinan guru untuk meninggalkan kelas yang dicipta oleh guru Bilik Darjah | iOS 11.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pelajar mesti meminta keizinan sebelum mereka boleh meninggalkan kelas yang dicipta oleh guru. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Bilik Darjah dapat memfokuskan pelajar pada app tunggal dan mengunci peranti tanpa menggesa | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Guru boleh mengunci app terbuka atau mengunci peranti tanpa menggesa pengguna terlebih dahulu. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Menyertai kelas Bilik Darjah secara automatik tanpa menggesa | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pelajar boleh menyertai kelas tanpa menggesa guru. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Bilik Darjah melaksanakan AirPlay dan Lihat Skrin tanpa menggesa | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pelajar dalam kelas terurus tidak digesa apabila guru menggunakan AirPlay atau Lihat Skrin. Lalai tidak aktif. | ||||||||
AirPrint | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan AirPrint. | ||||||||
Temui pencetak AirPrint menggunakan iBeacon | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menemui pencetak AirPrint menggunakan pemancar perkakasan serasi iBeacon berdekatan. | ||||||||
Simpan kelayakan AirPrint dalam Rantai Kunci | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menyimpan kelayakan AirPrint pada Rantai Kunci mereka. | ||||||||
AirPrint ke destinasi dengan sijil tidak dipercayai | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan AirPrint untuk mencetak ke pencetak dengan sijil tidak dipercayai. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Sediakan peranti Apple berdekatan | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan peranti Apple mereka untuk menyediakan dan mengkonfigurasikan peranti Apple lain. | ||||||||
Ubah suai seting Bluetooth | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh mengubah suai seting Bluetooth®. | ||||||||
Ubah suai seting pelan selular | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menukar sebarang seting untuk pelan selular. | ||||||||
Keluarkan app sistem | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh mengeluarkan app Apple asli. | ||||||||
Tambah konfigurasi VPN | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna dan app pihak ketiga tidak boleh mencipta dan menambah konfigurasi VPN. | ||||||||
Perlukan pengesahan Face ID atau Touch ID untuk Isi Auto | iOS 11 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna diperlukan untuk mengesahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan untuk mengisi kata laluan dan maklumat kad kredit secara automatik. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Ubah suai muka Face ID dan cap jari Touch ID | iOS 11 (Face ID) iOS 8.3 (Touch ID) iPadOS 13.1 (Face ID atau Touch ID) | Ya | Pengguna tidak boleh menambah atau mengeluarkan maklumat biometrik sedia ada. | ||||||||
Gunakan Face ID atau Touch ID untuk membuka kunci peranti | iOS 11 (Face ID) iOS 7 (Touch ID) iPadOS 13.1 (Face ID atau Touch ID) | Tidak | Pengguna mesti menggunakan kod laluan untuk membuka kunci peranti. | ||||||||
Kuat kuasakan tamat masa Face ID atau Touch ID | iOS 11 (Face ID) iOS 7 (Touch ID) iPadOS 13.1 (Face ID atau Touch ID) | Tidak | Nilai, dalam saat, selepas biometrik membuka kunci memerlukan kod laluan untuk mengesahkan. Nilai lalai ialah 48 jam. | ||||||||
Ubah Suai Perencanaan | iOS 10.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan perencanaan pada peranti mereka. | ||||||||
Hanya sertai rangkaian Wi-Fi yang dipasang oleh muat beban Wi-Fi | iOS 10.3 iPadOS 13.1 | Ya | Peranti yang mempunyai pengehadan ini boleh menyertai rangkaian Wi-Fi yang ditambah ke muat beban Wi-Fi sahaja. Lalai tidak aktif. Penting: Jika rangkaian Wi-Fi tidak tersedia, peranti tidak boleh diuruskan. | ||||||||
Ubah suai seting diagnostik | iOS 9.3.2 iPadOS 13.1 | Ya | Pengubahsuaian seting data diagnostik tidak dibenarkan. | ||||||||
Ubah suai seting Pemberitahuan | iOS 9.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menukar konfigurasi sebarang seting Pemberitahuan. | ||||||||
Apple Music | iOS 9.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan Apple Music. | ||||||||
Radio | iOS 9.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh mendengar radio dengan Apple Music. | ||||||||
Hadkan penggunaan app | iOS 9.3 iPadOS 13.1 | Ya | Sebarang app selain daripada Seting atau Telefon (pada iPhone) boleh diletakkan pada senarai yang diluluskan atau senarai yang tidak diluluskan. | ||||||||
Pasangkan app menggunakan App Store | iOS 9 iPadOS 13.1 | Ya | App Store dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada Skrin Utama. Pengguna tidak boleh memasang atau mengemas kini app. Dalam iOS 10 atau lebih baharu, perintah app MDM masih boleh digunakan. | ||||||||
News | iOS 9 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan app News. | ||||||||
Ubah suai nama peranti | iOS 9 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menukar nama peranti seperti ditunjukkan dalam Seting > Umum > Perihal. | ||||||||
Ubah suai kod laluan | iOS 9 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menukar set kod laluan. | ||||||||
Pintasan papan kekunci | iOS 9 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan sebarang pintasan papan kekunci. | ||||||||
Foto iCloud | iOS 9 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan Foto iCloud mereka. | ||||||||
Pasangkan dengan Apple Watch | iOS 9 | Ya | Pengguna tidak boleh memasangkan iPhone diselia mereka dengan Apple Watch. | ||||||||
Muat turun app automatik | iOS 9 iPadOS 13.1 | Ya | App Store tidak akan memuat turun app secara automatik. | ||||||||
Percayakan pembangun app dalaman proprietari baharu | iOS 9 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh membenarkan pembangun app dalaman proprietari untuk dipercayai, yang melarang pembangun app ini daripada dilancarkan. | ||||||||
Kendalikan AirDrop sebagai destinasi tidak terurus | iOS 9 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna melihat AirDrop sebagai pilihan daripada App Terurus. Untuk pengehadan ini berfungsi apabila ia diaktifkan, anda juga mesti menyahdayakan “Benarkan dokumen daripada sumber terurus dalam destinasi tidak terurus”.
Lalai tidak aktif. | ||||||||
Ubah Suai Hias Latar | iOS 9 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh mengubah suai hias latar untuk Skrin Kunci atau Skrin Utama. | ||||||||
Paksa pengesan tangan Apple Watch | iOS 8.2 iPadOS 13.1 | Tidak | Apple Watch dikunci secara automatik apabila ia dikeluarkan daripada pergelangan tangan pengguna. Ia boleh dibuka kunci dengan kod laluannya atau iPhone yang dipasang. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Papan kekunci prediktif | iOS 8.1.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak akan melihat papan kekunci prediktif. | ||||||||
Pembetulan auto | iOS 8.1.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak akan melihat sebarang cadangan pembetulan perkataan. | ||||||||
Semak ejaan | iOS 8.1.3 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak akan melihat perkataan berpotensi salah eja digariskan dengan warna merah. | ||||||||
Takrif dan Rujuk | iOS 8.1.3 iPadOS 13.1 | Ya | Dalam iOS dan iPadOS, pengguna tidak boleh mengetik dan menahan serta merujuk definisi kamus tentang pilihan. Dalam macOS, pengguna tidak boleh Control-klik pilihan dan menggunakan Rujuk untuk mencari sebarang maklumat tentang pilihan. | ||||||||
Data disimpan App Terurus dalam iCloud | iOS 8 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh menyimpan data daripada App Terurus dalam iCloud. | ||||||||
Sandarkan buku dalaman proprietari | iOS 8 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh menyandarkan buku yang diedarkan oleh organisasi mereka ke iCloud, Finder (macOS 10.15 atau lebih baharu) atau dalam iTunes (macOS 10.14 atau lebih awal). | ||||||||
Handoff | iOS 8 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan Handoff dengan peranti Apple mereka. | ||||||||
Penyelarasan nota dan serlahan untuk buku dalaman proprietari | iOS 8 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh menyelaraskan nota atau serlahan ke peranti lain menggunakan iCloud. | ||||||||
Padam Semua Kandungan dan Seting | iOS 8 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh memadamkan peranti mereka dan meresetnya ke lalai kilang. | ||||||||
Podcast | iOS 8 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh memuat turun podcast. | ||||||||
Perlukan kod laluan pada pemasangan AirPlay pertama | iOS 7.1 iPadOS 13.1 | Tidak | Kod laluan diperlukan apabila iOS, iPadOS, atau peranti tvOS pertama kali dipasangkan untuk AirPlay. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Kemas kini automatik pada seting kepercayaan sijil | iOS 7 iPadOS 13.1 | Tidak | Kemas kini automatik pada seting kepercayaan sijil tidak boleh berlaku. | ||||||||
Rantai Kunci iCloud | iOS 7 iPadOS 13.1 | Pengehadan ini ditamatkan pada peranti tidak diselia dan akan diselia hanya dalam keluaran akan datang. | Rantai Kunci iCloud tidak boleh digunakan. | ||||||||
Kandungan yang dijana pengguna dalam Siri | iOS 7 iPadOS 13.1 | Ya | Siri tidak boleh mengakses kandungan daripada sumber yang membenarkan kandungan yang dijana pengguna, seperti Wikipedia. | ||||||||
Cadangan Siri | iOS 7 iPadOS 13.1 | Tidak | Semasa carian, Siri tidak boleh menawarkan cadangan untuk app, orang, lokasi dan banyak lagi. | ||||||||
Ubah suai seting akaun | iOS 7 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh mencipta akaun baharu atau menukar nama pengguna, kata laluan atau seting lain yang dikaitkan dengan akaun mereka. | ||||||||
Ubah suai seting data selular app | iOS 7 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menukar sebarang seting untuk app yang menggunakan data selular. | ||||||||
AirDrop | iOS 7 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan AirDrop. | ||||||||
Pasangkan dengan hos bukan Apple Configurator | iOS 7 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna hanya boleh memasangkan iPhone atau iPad mereka dengan Mac yang terlebih dahulu menyelia dan yang dipasang Apple Configurator. | ||||||||
Dokumen daripada sumber terurus muncul dalam destinasi tidak terurus | iOS 7 iPadOS 13.1 | Tidak | Dokumen yang dicipta atau dimuat turun daripada sumber terurus tidak boleh dibuka dalam destinasi tidak terurus.
| ||||||||
Dokumen daripada sumber tidak terurus muncul dalam destinasi terurus | iOS 7 iPadOS 13.1 | Tidak | Dokumen yang dicipta atau dimuat turun daripada sumber tidak terurus tidak boleh dibuka dalam destinasi terurus.
| ||||||||
Pusat Pemberitahuan dalam Skrin Kunci | iOS 7 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh melihat sejarah Pemberitahuan apabila skrin dikunci; namun mereka masih boleh melihat Pemberitahuan apabila ia muncul. | ||||||||
Mod App Tunggal Berautonomi | iOS 7 iPadOS 13.1 | Ya | Benarkan app yang dipilih untuk digunakan dalam Mod App Tunggal Berautonomi. | ||||||||
Paparan hari ini dalam Skrin Kunci | iOS 7 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh meleret ke bawah untuk melihat Pusat Pemberitahuan menggunakan Paparan Hari Ini dalam Skrin Kunci. | ||||||||
Pusat Kawalan dalam Skrin Kunci | iOS 7 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh meleret ke atas untuk melihat Pusat Kawalan. | ||||||||
Game Center | iOS 6 iPadOS 13.1 | Ya | App Game Center dan ikonnya dikeluarkan. | ||||||||
Pasang profil konfigurasi | iOS 6 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh memasang profil konfigurasi dalam Seting secara manual. | ||||||||
Hantar data diagnostik dan penggunaan ke Apple | iOS 6 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh memilih untuk menghantar maklumat diagnostik kepada Apple. | ||||||||
Pemberitahuan Wallet dalam Skrin Kunci | iOS 6 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna mesti membuka kunci peranti untuk menggunakan Wallet. | ||||||||
Apple Books | iOS 6 iPadOS 13.1 | Ya | Apple Books dinyahdayakan dan pengguna tidak boleh mengaksesnya daripada app Buku. | ||||||||
Siri semasa peranti dikunci | iOS 5.1 iPadOS 13.1 | Tidak | Siri hanya membalas apabila peranti dibuka kunci. | ||||||||
Dokumen dan Data iCloud | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya (iOS 13) atau lebih baharu Ya (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | Dokumen dan data tidak ditambahkan ke iCloud. | ||||||||
Siri | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Siri tidak boleh digunakan. | ||||||||
Sandaran iCloud | iOS 5 iPadOS 13.1 | Pengehadan ini ditamatkan pada peranti tidak diselia dan akan diselia hanya dalam keluaran akan datang. | Sandaran peranti dilaksanakan hanya dalam Finder (macOS 10.15 atau lebih baharu) atau dalam iTunes (macOS 10.14 atau lebih awal). | ||||||||
Album Dikongsi | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh melanggan ke atau menerbitkan album foto dikongsi. | ||||||||
Pengguna menerima sijil TLS tidak dipercayai | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak akan ditanya jika mereka mahu mempercayai sijil yang tidak boleh disahkan. Seting ini digunakan pada akaun Safari, Mail, Kenalan dan Kalendar. Apabila pilihan ini diaktifkan, hanya sijil dengan sijil akar yang dipercayai diterima tanpa gesaan. Untuk melihat CA akar yang diterima, lihat artikel Sokongan Apple Senarai sijil akar dipercayai yang tersedia dalam iOS 17, iPadOS 17, macOS 14, tvOS 17 dan watchOS 10. | ||||||||
Penapis kata-kata cabul Siri | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya | Penapis kata-kata cabul dalam Siri boleh dinyahdayakan. Lalai tidak aktif. | ||||||||
iMessage | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya | Untuk peranti Wi-Fi sahaja, app Mesej disembunyikan. Untuk peranti dengan Wi-Fi dan selular, app Mesej masih tersedia, namun hanya perkhidmatan SMS/MMS boleh digunakan. | ||||||||
Paksa sandaran disulitkan | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh memilih sama ada sandaran peranti yang dilaksanakan dalam Finder (macOS 10.15 atau lebih baharu) atau dalam iTunes (macOS 10.14 atau lebih awal) disimpan dalam format disulitkan pada Mac pengguna. Jika sebarang profil disulitkan dan pilihan ini dinyahaktifkan, penyulitan sandaran diperlukan dan dikuatkuasakan oleh Finder atau iTunes. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Penyelarasan automatik semasa perayauan | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Peranti yang melaraskan perayauan hanya apabila akaun diakses oleh pengguna. | ||||||||
Pembelian In-app | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh membuat pembelian in-app. | ||||||||
FaceTime | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh membuat atau menerima panggilan audio atau video FaceTime. | ||||||||
Memasang app | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya (iOS 13) atau lebih baharu Ya (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | App Store dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada Skrin Utama. Pengguna tidak boleh memasang atau mengemas kini app. Dalam iOS 10 atau lebih baharu, perintah app MDM masih boleh digunakan. Nota: Jika app sistem iOS dan iPadOS asli dikeluarkan, ia boleh dipasangkan semula. | ||||||||
Tangkapan skrin dan rakaman skrin | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh menyimpan tangkapan skrin atau rakaman skrin. | ||||||||
Penggunaan kamera | iOS 5 iPadOS 13.1 | Pengehadan ini ditamatkan pada peranti tidak diselia dan akan diselia hanya dalam keluaran akan datang. | Kamera dinyahdayakan dan ikon Kamera dikeluarkan daripada Skrin Utama dalam iOS dan iPadOS. Pengguna tidak boleh mengambil fotografi atau video. | ||||||||
Keluarkan app | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya | Pengguna tidak boleh mengeluarkan app dipasang. | ||||||||
Tambah rakan Game Center | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya (iOS 13) atau lebih baharu Ya (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | Pengguna tidak boleh mencari atau menambah rakan dalam Game Center. | ||||||||
Permainan berbilang pemain | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya (iOS 13) atau lebih baharu Ya (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | Pengguna tidak boleh bermain permainan berbilang pemain dalam Game Center. | ||||||||
Isi Auto Safari | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya (iOS 13) atau lebih baharu Ya (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | Safari tidak menjejaki perkara yang pengguna masukkan dalam borang web. | ||||||||
Paksa amaran penipuan | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Safari cuba untuk menghalang pengguna daripada melawat tapak web yang dikenal pasti palsu atau terjejas. Lalai tidak aktif. | ||||||||
JavaScript | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Safari mengabaikan semua JavaScript pada tapak web. | ||||||||
Menu timbul Safari | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Menu timbul disekat dalam Safari. | ||||||||
Sekat kuki | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Dasar kuki disetkan dalam Safari. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Urus kuki Safari. | ||||||||
Gunakan Safari | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya (iOS 13) atau lebih baharu Ya (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | App pelayar web Safari dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada Skrin Utama. Seting ini juga menghalang pengguna daripada membuka Klip Web. | ||||||||
iTunes Store | iOS 5 iPadOS 13.1 | Ya (iOS 13) atau lebih baharu Ya (iPadOS 13.1) atau lebih baharu | iTunes Store dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada Skrin Utama. Pengguna tidak boleh mempratonton, membeli atau memuat turun kandungan. | ||||||||
Kandungan eksplisit dalam Apple Books | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Kandungan eksplisit yang dibeli daripada Apple Books disembunyikan. Kandungan eksplisit dibenderakan oleh penyedia kandungan apabila dijual menerusi app Buku. | ||||||||
Penilaian rantau | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Penilaian disetkan dengan memilih satu daripada sembilan rantau berbeza. Seting ini tidak boleh dinyahdayakan. Lalai adalah Amerika Syarikat. | ||||||||
Takrif penilaian kandungan | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Penilaian maksimum yang dibenarkan dipilih untuk filem, rancangan TV dan app yang dibeli dalam iTunes. | ||||||||
Main balik kandungan muzik, video dan podcast eksplisit | iOS 5 iPadOS 13.1 | Tidak | Kandungan muzik atau video eksplisit yang dibeli daripada iTunes Store atau dimuat turun daripada app Podcast disembunyikan. Kandungan eksplisit dibenderakan oleh penyedia kandungan, seperti syarikat rakaman, apabila dijual menerusi iTunes Store. |