Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar format alamat jalan dalam Kenalan pada Mac
Jika anda mempunyai kenalan daripada negara atau rantau berlainan, anda boleh menukar format alamat jalan mereka supaya sepadan dengan lokasi mereka, untuk membantu mencari alamat dengan tepat. Anda juga boleh menukar format alamat lalai untuk digunakan bagi semua kenalan.
Tukar format alamat jalan untuk satu kenalan
Pergi ke app Kenalan pada Mac anda.
Pilih kenalan, kemudian klik Edit.
Klik label alamat jalan (seperti Rumah), pilih Ubah Format Alamat, kemudian pilih negara atau rantau yang sepadan dengan alamat.
Tukar format alamat jalan untuk semua kenalan
Pergi ke app Kenalan pada Mac anda.
Pilih Kenalan > Seting, kemudian klik Umum.
Klik menu timbul Format Alamat, kemudian pilih negara atau kawasan.