Tukar keutamaan akaun dalam Kenalan pada Mac
Gunakan keutamaan Akaun dalam Kenalan untuk melihat atau edit maklumat tentang akaun kenalan anda, tambah akaun dan setkan pilihan pelayan, jika perlu.
Untuk melihat keutamaan ini, dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih Kenalan > Keutamaan, kemudian klik Akaun.
Senarai akaun | Senarai akaun kenalan anda (CardDav dan LDAP menentukan bagaimana data diakses pada pelayan). Lihat pilihan untuk akaun: Pilihnya dalam senarai. Tambah akaun: Klik butang Tambah . Jika anda tidak melihat jenis akaun disenaraikan, klik Akaun Kenalan Lain, klik Teruskan, kemudian bekalkan maklumat akaun. Keluarkan akaun: Pilih akaun, kemudian klik butang Keluarkan . Kenalan daripada akaun tersebut dikeluarkan daripada Mac anda. |
Maklumat Akaun | Perihalan akaun anda, yang digunakan sebagai nama akaun dalam Kenalan dan maklumat pengguna anda. Berhenti menggunakan akaun buat sementara waktu: Nyahpilih kotak semak “Dayakan akaun ini”. Kenalan akaun dikeluarkan daripada Mac anda (sehingga anda pilih kotak semak lagi). Ubah berapa kerap kenalan dikemas kini: Klik menu timbul Ambil, kemudian pilih pilihan. |
Seting Pelayan | Jika anak tetingkap ini tersedia, ia mengandungi alamat pelayan akaun dan pilihan pelayan yang lain. |