Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cari fail log menggunakan Konsol pada Mac
Anda boleh menggunakan Konsol untuk mencari di mana fail log itu terletak di komputer anda.
Nota: Jika anda tidak dilog masuk sebagai pentadbir, anda perlu memasukkan nama dan kata laluan pentadbir untuk mencari dan melihat mesej log.
Dalam app Konsol pada Mac anda, pilih Laporan Log dalam bar sisi.
Jika kategori Laporan Log tidak kelihatan, klik butang Bar Sisi .
Pilih fail yang anda mahu cari, kemudian pilih Fail > Dedahkan dalam Finder.
Tetingkap Finder muncul dengan fail log yang dipilih. Jika anda tiada kebenaran untuk membaca folder yang mengandungi fail log, anda mungkin dihadkan dari melihat fail log secara terus dalam Finder.
Lihat jugaLihat mesej log dalam Konsol pada Mac