Sesuaikan tetingkap log dalam Konsol pada Mac
Anda boleh sesuaikan rupa mesej log dan aktiviti dalam Konsol.
Nota: Jika anda tidak dilog masuk sebagai pentadbir, anda perlu memasukkan nama dan kata laluan pentadbir untuk melihat mesej log.
Sesuaikan paparan lajur
Dalam app Konsol pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Tunjukkan atau sembunyikan lajur: Control-klik sebarang lajur, atau pilih Paparan > Lajur Kelihatan, untuk melihat semua lajur tersedia. Pilih nama lajur untuk menunjuk atau menyembunyikannya (lajur kelihatan mempunyai tanda semak di sebelah namanya).
Saiz Semula lajur: Seret baris yang di antara tajuk lajur.
Pindahkan lajur: Seret lajur untuk lokasi baru.
Sesuaikan paparan mesej log
Dalam app Konsol pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Tunjuk atau sembunyikan butiran mesej log: Klik butang Info dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar) atau pilih Paparan > Tunjukkan Anak Tetingkap Info atau Paparan > Sembunyikan Anak Tetingkap Info. Butiran mesej log muncul di bahagian bawah tetingkap dan menunjukkan keseluruhan mesej.
Melihat mesej log yang paling terbaru: Klik butang Sekarang dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar).
Nota: Butang Sekarang tidak tersedia jika anda melayari arkib log—hanya apabila anda sedang melihat strim langsung mesej log.
Sesuaikan paparan kandungan
Dalam app Konsol pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Kosongkan kandungan: Klik butang Kosongkan dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar) atau pilih Tindakan > Kosongkan. Ini menyembunyikan data log terkumpul sehingga hari ini dan hanya menunjukkan mesej atau aktiviti baru.
Muat Semula kandungan: Klik butang Muat Semula dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar) atau pilih Tindakan > Muat Semula. Ini menunjukkan mesej atau aktiviti log yang tersembunyi.
Gunakan carian
Dalam app Konsol pada Mac anda, lakukan yang berikut:
Gunakan carian disimpan: Klik carian disimpan dalam bar Kegemaran, atau pilih carian daripada menu Tindakan. Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda juga boleh mengetik dalam Touch Bar. Secara lalai, terdapat dua carian disimpan: Semua Mesej dan Ralat dan Kesalahan. Lihat Cari mesej dan aktiviti log.
Termasuk mesej info atau nyahpepijat
Dalam app Konsol pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Termasuk mesej info: Pilih Tindakan > Termasuk Mesej Info.
Termasuk mesej log nyahpepijat: Pilih Tindakan > Termasuk Mesej Nyahpepijat.
Untuk berhenti memasukkan mesej ini, pilih pilihan lagi (supaya tanda semak dikeluarkan).
Nota: Pilihan ini hanya tersedia dalam strim langsung Konsol dan tidak tersedia apabila anda melayari arkib log, kerana mesej log info dan nyahpepijat termasuk dalam arkib log secara automatik.