Bantuan Utiliti ColorSync

Selamat Datang ke Utiliti ColorSync

Senaraikan dan dapatkan maklumat terperinci tentang profil warna yang dipasang pada Mac anda.

Anak tetingkap Profil Utiliti ColorSync.
Imej lembu di padang dalam tetingkap Utiliti ColorSync.

Dapatkan warna konsisten antara peranti

Gunakan profil warna untuk memastikan warna dalam imej anda kelihatan sama pada semua paparan anda—dan apabila anda mencetak. Hanya buka fail imej, kemudian pilih seting profil warna yang anda mahu gunakan.

Anak tetingkap Kalkulator menunjukkan nilai warna untuk piksel dalam dua profil warna berbeza.

Cari nilai warna

Gunakan kalkulator untuk mendapatkan nilai untuk warna pada skrin anda—sehingga ke piksel. Anda juga boleh mendapatkan nilai untuk warna dalam profil warna dipasang yang lain untuk memastikan warna kelihatan sama pada semua peranti, termasuk pencetak. Klik kanta pembesar di bahagian kiri bawah, kemudian klik piksel pada skrin.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.