Lihat profil warna dalam Utiliti ColorSync pada Mac
Gunakan Utiliti ColorSync untuk melihat profil warna yang dipasang pada Mac anda. Apabila anda memasang peranti, seperti kamera, paparan atau pencetak, profil warna mengandungi kemampuan warna dan had bagi setiap peranti yang dicipta.
Buka Utiliti ColorSync untuk saya
Dalam app Utiliti ColorSync pada Mac anda, klik Profil dalam bar alat tetingkap Utiliti ColorSync.
Klik segi tiga pendedahan dalam senarai profil untuk membuka kumpulan profil, kemudian pilih profil.
Untuk mengubah paparan plot lab semasa, klik menu timbul dalam plot lab, kemudian pilih pilihan.
Anda boleh klik dan seret model plot lab untuk putarkannya.
Untuk melihat butiran tambahan tentang profil, klik Buka.
Anda boleh memilih item dalam tetingkap baru untuk maklumat dipaparkan atau diubah suai, seperti nilai warna individu.