Tambah atau ubah suai penapis Quartz dalam Utiliti ColorSync pada Mac
Gunakan Utiliti ColorSync untuk menambah penapis baru atau mengubah suai penapis yang sedia ada untuk menyesuaikan warna dalam fail.
Buka Utiliti ColorSync untuk saya
Tambah penapis baru
Dalam app Utiliti ColorSync pada Mac anda, klik Penapis dalam bar alat tetingkap Utiliti ColorSync.
Klik butang Tambah untuk mencipta penapis baru, masukkan nama untuk penapis, kemudian tekan kekunci Return.
Klik menu timbul di sebelah kanan nama penapis, kemudian pilih komponen:
Tambah Komponen Pengurusan Warna: Pilih item dari submenu ini untuk menambah pengubahsuaian warna pada penapis anda. Pilih profil lalai untuk fail tanpa profil warna.
Tambah Komponen Kesan Imej: Pilih item daripada submenu ini untuk mengubah seting saiz, kedalaman bit, interpolasi dan kemampatan untuk imej dalam fail anda.
Tambah Komponen Sentuh Semula PDF: Pilih item dari submenu ini untuk setkan cara data monokrom dikodkan, sama ada imej diinterpolasi dan sama ada untuk mencipta dokumen PDF/X-3.
Tambah Maklumat Domain: Pilih item ini untuk menentukan di mana penapis boleh digunakan. Penapis boleh digunakan dalam app, aliran kerja PDF atau dialog Cetak.
Tambah Komen: Pilih item ini untuk masukkan komen tentang penapis.
Apabila anda menambah penapis, anda boleh mencegahnya daripada diedit secara tidak sengaja dengan mengklik menu timbul di sebelah kanannya, kemudian memilih Kunci. Untuk membenarkannya diedit, pilih Buka Kunci.
Ubah suai penapis
Dalam app Utiliti ColorSync pada Mac anda, klik Penapis dalam bar alat tetingkap Utiliti ColorSync.
Klik segi tiga pendedahan di sebelah kiri penapis.
Klik segi tiga pendedahan di sebelah kiri komponen penapis, kemudian tukar seting untuk mengubah suai penapis.
Jika komponen penapis dimalapkan, penapis itu dikunci dan anda tidak boleh mengeditnya.
Untuk mengedit penapis ketika melihat cara penapis yang diedit mengubah suai fail PDF, pilih Fail > Buka, kemudian pilih fail. Apabila fail terbuka, klik menu timbul Penapis di bawah tetingkap, kemudian pilih Kemas Kini Langsung daripada Pemeriksa Penapis. Semasa anda mengedit penapis, perubahan anda diperlihatkan dalam fail PDF.