Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Ubah suai fail PDF dengan penapis Quartz dalam Utiliti ColorSync pada Mac
Anda boleh menggunakan penapis Quartz untuk mengubah suai dokumen PDF dengan menambah kesan, menukar ruang warna dan malah mengurangkan saiz fail dengan memampatkan semula grafik.
Buka Utiliti ColorSync untuk saya
Dalam app Utiliti ColorSync pada Mac anda, pilih Fail > Buka, kemudian pilih dokumen PDF.
Apabila fail terbuka, klik menu timbul Penapis di bawah tetingkap, kemudian pilih penapis.
Kesan penapis dipantulkan dalam tetingkap, tetapi fail tidak diubah suai.
Untuk melangkah halaman dokumen PDF dan melihat kesan penapis pada setiap halaman, gunakan anak panah navigasi dalam bar alat.
Untuk melihat penapis yang tersedia, klik butang Penapis dalam bar alat.
Klik Guna apabila anda mahu menyimpan perubahan.