Tunjukkan kandungan Bilik Darjah pada Apple TV
Anda boleh menggunakan AirPlay untuk menunjukkan skrin pelajar apabila mereka menyertai kelas tidak terurus yang berdekatan.
Gunakan AirPlay daripada skrin pelajar tunggal ke Apple TV
Dalam Bilik Darjah , pilih Kelas dalam bar sisi, kemudian pilih kelas.
Pilih pelajar.
Tetingkap Tindakan kelihatan.
Pilih .
Pilih Apple TV yang anda mahu memaparkan skrin pelajar, kemudian pilih Selesai.
Jika digesa, masukkan kod PIN (nombor identiti peribadi) Apple TV.
Pilih Selesai.
Berhenti menggunakan AirPlay daripada skrin pelajar ke Apple TV
Dalam Bilik Darjah , pilih Kelas dalam bar sisi, kemudian pilih kelas.
Pilih pelajar, pilih AirPlay untuk menghentikan AirPlay, kemudian pilih Selesai.