![](https://help.apple.com/assets/60C3E5724913991E3721D97F/60C3E5754913991E3721D98E/ms_MY/21d5d8c26b22fad1039bfaa893879e29.png)
Gunakan anak tetingkap Ringkasan Kelas untuk Bilik Darjah
Anak tetingkap Ringkasan Kelas membenarkan anda melihat maklumat tentang penggunaan peranti setiap pelajar semasa kelas berlangsung.
![Tetingkap Bilik Darjah menunjukkan pelajar yang menggunakan app yang dipilih.](https://help.apple.com/assets/60C3E5724913991E3721D97F/60C3E5754913991E3721D98E/ms_MY/ad64ab8b9ec81f97e0d94c4035b4420e.png)
Anak tetingkap Ringkasan Kelas muncul secara automatik apabila anda menamatkan kelas. Anda boleh klik setiap item dan lihat:
Penggunaan app: App yang digunakan oleh pelajar dan tempoh masa pelajar menggunakannya dalam kelas
Item dikongsi: Dokumen atau tapak web yang dikongsi oleh pelajar
Senarai pelajar: Senarai pelajar yang menyertai kelas