Kongsi item dengan Bilik Darjah
Anda boleh menavigasi dan berkongsi perkara berikut dengan pelajar:
Halaman Web
Buku atau bab EPUB
PDF
Kursus iTunes U (iPad pelajar sahaja)
Sebarang penanda buku app didayakan ClassKit (iPad pelajar sahaja)
“Dayakan Kemajuan Pelajar” mesti didayakan dalam Apple School Manager.
Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda dan pelajar mesti mempunyai buku EPUB atau PDF yang sama pada peranti anda.
Navigasi ke penanda buku halaman web, bab EPUB, atau PDF
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar.
Klik Navigasi dalam bar alat.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik Safari, kemudian cari penanda buku yang anda mahu pelajar itu lihat.
Klik app Buku, kemudian cari buku EPUB, bab EPUB, atau PDF yang anda mahu pelajar lihat.
Klik penanda buku, buku EPUB, bab EPUB, atau PDF untuk membukanya pada peranti pelajar dipilih.
Klik Navigasi, kemudian klik Selesai.
Untuk berkongsi item dengan lebih daripada seorang pelajar, lihat Navigasi ke penanda buku halaman web, bab EPUB, atau PDF.
Kongsi halaman web terus daripada Safari
Anda boleh berkongsi halaman web dengan pelajar terus daripada Safari.
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian navigasi ke halaman web dalam Safari.
Klik Kongsi , kemudian pilih nama pelajar.