Lihat dan kunci skrin pelajar dengan Bilik Darjah
Anda boleh mengawal cara dan masa pelajar boleh menggunakan Mac mereka—termasuk berkongsi fail atau melihat skrin mereka—untuk memastikan mereka kekal pada tugasan. Apabila anda melihat skrin pelajar, bar status pada Mac mereka bertukar biru.
Nota: Bergantung pada cara penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) anda dikonfigurasikan, anda mungkin tidak boleh melakukan tugasan ini. Hubungi pentadbir MDM anda dan minta mereka menyemak pengurusan paparan Bilik Darjah dan AirPlay.
Lihat skrin pelajar
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar.
Klik Skrin dalam bar alat, kemudian dwiklik pada skrin pelajar untuk melihatnya.
Untuk melihat skrin untuk lebih daripada seorang pelajar, lihat Lihat skrin pelajar.
Kunci atau buka kunci skrin pelajar
Anda boleh menghalang pelajar daripada menggunakan peranti mereka dengan menguncinya. Mengunci peranti pelajar juga memerlukan pelajar untuk memasukkan kod laluan atau kata laluan mereka selepas skrin dibuka kunci.
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar.
Klik Kunci dalam bar alat untuk mengunci skrin atau klik Buka Kunci untuk membuka kunci skrin, kemudian klik Selesai.
Untuk mengunci atau membuka kunci skrin untuk lebih daripada seorang pelajar, lihat Kunci skrin pelajar dan Buka kunci skrin pelajar.