Bermula dengan Kalendar pada Mac
Ketahui asas untuk bermula dengan Kalendar dengan cepat.
Cipta dan ubah suai peristiwa
Setelah anda menambah akaun kalendar, anda boleh mencipta peristiwa untuk menjadualkan mesyuarat, janji temu, aktiviti keluarga dan banyak lagi. Peristiwa ini boleh sama ada dalam tempoh setiap jam atau merangkumi berbilang hari. Selepas peristiwa dicipta, anda boleh mengubah suainya atau mengalihkannya ke kalendar yang berbeza.
Tambah maklumat berguna kepada peristiwa
Untuk membantu memastikan anda termaklum tentang peristiwa yang akan tiba, bagus untuk menambah nota, URL atau melampirkan fail ke peristiwa. Jika anda mahu menjadualkan sesi video, anda boleh menambah panggilan video FaceTime kepada peristiwa anda supaya jemputan boleh menyertai terus daripada Kalendar.
Setkan isyarat untuk kekal termaklum
Anda boleh mengesetkan isyarat untuk memastikan anda sedar tentang peristiwa kalendar akan datang. Isyarat ini boleh disesuaikan untuk mengisyaratkan anda pada masa atau hari tertentu, memainkan bunyi, menghantar e-mel kepada anda atau membuka fail. Anda juga mempunyai pilihan untuk menambah berbilang isyarat atau mengeluarkan terus isyarat.
Balas jemputan
Apabila anda menerima jemputan ke peristiwa, anda boleh membalas jemputan dalam Kalendar. Anda juga boleh membalas jemputan yang diterima melalui pemberitahuan kalendar atau e-mel. Jika perlu, sila cadangkan masa baharu untuk peristiwa atau ubah suai balasan anda yang sebelumnya kepada jemputan.
Kongsi kalendar anda
Apabila anda perlu berkongsi kalendar dengan orang lain, anda mempunyai pilihan untuk berkongsi kalendar individu dengan orang yang menggunakan perkhidmatan kalendar yang sama (seperti iCloud atau Yahoo). Anda juga boleh berkongsi keseluruhan akaun kalendar anda untuk memberikan orang lain akses kepada semua kalendar yang telah anda cipta dalamnya.