Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tunjukkan atau sembunyikan kalendar Hari Lahir pada Mac
Kalendar Hari Lahir memaparkan hari lahir yang ia jumpa dalam app Kenalan.
Dalam app Kalendar pada Mac anda, pilih Kalendar > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilih atau nyahpilih “Tunjukkan kalendar Hari Lahir.”
Anda tidak boleh menambah atau mengeluarkan hari lahir secara terus dalam kalendar Hari Lahir; sebaliknya, anda kemas kini ia dalam app Kenalan. Apabila anda menambah atau mengeluarkan hari lahir dalam Kenalan, kalendar Hari Lahir dikemas kini secara automatik.
Jika anda menambah kalendar daripada akaun Google anda, satu kalendar Hari Lahir berasingan menunjukkan hari lahir untuk rakan dan kenalan tersebut.