
Sediakan atau padam peristiwa berulang dalam Kalendar pada Mac
Anda boleh menentukan kekerapan peristiwa kalendar berulang dan masa ia berhenti berulang.

Sediakan peristiwa berulang
- Pergi ke app Kalendar  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Dwiklik atau klik paksa peristiwa untuk melihat butiran peristiwa, kemudian klik masa peristiwa. 
- Klik menu timbul Ulang, kemudian pilih pilihan. - Untuk setkan peristiwa untuk berulang pada jadual tidak termasuk dalam menu, pilih Tersuai, pilih pilihan daripada menu timbul Kekerapan, kemudian masukkan seting tersuai anda: - Harian: Masukkan bilangan hari antara setiap ulangan. Contohnya, untuk mencipta peristiwa yang muncul setiap selang sehari, masukkan nombor 2. 
- Mingguan: Masukkan bilangan minggu antara setiap ulangan, kemudian pilih hari dalam minggu yang anda mahu peristiwa berlaku. Contohnya, anda boleh mencipta peristiwa yang berlaku setiap 3 minggu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu itu. 
- Bulanan: Masukkan bilangan bulan antara setiap ulangan. Untuk membuat peristiwa berlaku pada hari yang sama dalam bulan setiap kali ia berulang (contohnya, pada hari ke-4 dan ke-19 untuk setiap bulan apabila peristiwa berlaku), pilih Setiap, kemudian klik hari dalam bulan yang anda mahu peristiwa berlaku. - Anda juga boleh membuat peristiwa berulang mengikut corak (contohnya, pada hari kerja terakhir setiap bulan apabila peristiwa berlaku). Untuk menyediakan corak, pilih ”Pada,” kemudian pilih pilihan daripada menu timbul. 
- Tahunan: Masukkan bilangan tahun antara setiap ulangan, kemudian klik bulan yang anda mahu peristiwa berlaku. - Anda juga boleh membuat peristiwa berlaku mengikut corak (contohnya, pada hari Khamis ketiga setiap bulan apabila peristiwa berlaku). Untuk menyediakan corak, pilih ”Pada,” kemudian pilih pilihan daripada menu timbul. 
 
- Klik menu timbul Tamatkan Ulang, kemudian pilih bila untuk hentikan peristiwa. 
Ubah suai peristiwa berulang
- Pergi ke app Kalendar  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Dwiklik atau klik paksa peristiwa untuk melihat butiran peristiwa, kemudian klik masa peristiwa. 
- Klik menu timbul Ulang, kemudian tukar pilihan. 
- Klik OK, kemudian klik Tukar. 
Padam semua kejadian dari peristiwa berulang
- Pergi ke app Kalendar  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Pilih kejadian peristiwa berulang yang pertama. 
- Tekan Delete, kemudian klik Padam Semua. 
Padam sesetengah kejadian dari peristiwa berulang
- Pergi ke app Kalendar  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Pilih satu atau lebih kejadian peristiwa berulang. - Shift-klik untuk memilih berbilang peristiwa. 
- Tekan Delete, kemudian lakukan satu daripada berikut: - Padam hanya peristiwa dipilih: Klik Padam Hanya Peristiwa Ini. 
- Padam peristiwa dipilih dan semua kejadian masa depan: Klik Padam Semua Peristiwa Masa Depan.