![](https://help.apple.com/assets/5F15E4D1680CE26606D86701/5F15E4D4680CE26606D86709/ms_MY/24cf6e07f455a1964516ba6cd56564ac.png)
Kawal pembatalan bunyi dan ketelusan pada fon kepala Solo Pro anda dalam app Beats untuk Android
Fon kepala Beats Solo Pro menampilkan Pembatalan Bunyi Adaptif Tulen (ANC Tulen) dan Ketelusan. ANC Tulen menyekat bunyi luaran secara aktif, seperti bunyi jalanan atau suara orang, manakala Ketelusan membolehkan anda mendengar persekitaran anda. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan seting ini dalam app Beats.
Aktifkan atau nyahaktifkan pembatalan bunyi
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Solo Pro.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Ketik
untuk mengaktifkan pembatalan bunyi.
Ketik
untuk menyahaktifkan pembatalan bunyi.
Aktifkan atau nyahaktifkan ketelusan
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Solo Pro.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Ketik
untuk mengaktifkan ketelusan.
Ketik
untuk menyahaktifkan ketelusan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembatalan bunyi, lihat https://www.beatsbydre.com.