Uji sambungan MIDI anda dalam Persediaan MIDI Audio pada Mac
Selepas anda menyediakan peranti MIDI, anda boleh menggunakan Studio MIDI untuk menguji sambungan dengan menghantar maklumat MIDI ke dan dari peranti.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Dalam app Persediaan MIDI Audio pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Studio MIDI.
Dalam tetingkap Studio MIDI, klik menu timbul Konfigurasi (ia mungkin menunjukkan Lalai), kemudian pilih konfigurasi yang anda mahu uji.
Selepas konfigurasi dimuatkan, klik butang Uji Persediaan MIDI dalam bar sisi.
Untuk menguji persediaan konfigurasi, lakukan yang berikut:
Uji port MIDI Keluar: Pada ikon peranti, klik anak panah bawah (port Keluar). Ini menyerlahkan anak panah dan menghantar isyarat MIDI ke peranti anda.
Jika peranti anda mempunyai lampu status untuk pemindahan data, cahaya untuk port yang anda klik akan menyala. Jika peranti anda disambungkan dengan betul untuk output audio dan ia disediakan untuk menerima pada saluran MIDI yang Persediaan MIDI Audio sedang bersiaran, peranti juga membuat bunyi.
Uji port MIDI Masuk: Pada pengawal (seperti keyboard) yang disambungkan kepada antara muka anda, mainkan not. Pada peranti dalam tetingkap Studio MIDI, anak panah atas (port Masuk) diserlahkan apabila ia menerima isyarat.
Apabila anda selesai menguji, klik butang Uji Persediaan MIDI dalam bar alat untuk menyahaktifkan mod ujian.
Jika isyarat MIDI berfungsi dengan betul tetapi peranti MIDI anda tidak mengeluarkan bunyi, periksa yang berikut:
Kabel MIDI disambungkan ke port input dan output yang bersesuaian.
Output audio daripada peranti anda disambungkan dengan betul ke sistem penguatan anda.