Kongsi maklumat MIDI melalui rangkaian dalam Persediaan MIDI Audio pada Mac
Guna pemacu rangkaian MIDI untuk menghantar dan menerima maklumat MIDI di antara komputer melalui rangkaian.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai studio muzik dengan beberapa komputer bersambung ke antara muka MIDI, papan kekunci dan pensintesis, anda boleh menggunakan pemacu rangkaian MIDI untuk menghala data daripada peranti tersebut ke dan daripada komputer anda atas rangkaian Ethernet. Tanpa pemacu, anda perlu membeli antara muka MIDI untuk peranti anda dan sambung peranti dengan kabel. Dengan pemacu rangkaian MIDI, anda boleh mempunyai komputer pusat yang bertindak sebagai peranti utama untuk komputer lain dan peranti MIDI yang bersambung. Komputer pusat menghantar dan menerima data MIDI melalui rangkaian.
Untuk menyediakan rangkaian MIDI pada Mac, anda perlu mencipta sesi dahulu, yang mengecam Mcc anda sebagai lokasi pusat untuk penstriman MIDI melalui rangkaian. Apabila menyediakan sesi pada Mac, anda menentukan port komputer yang mana maklumat rangkaian gunakan, nama sesi dan nama komputer anda, yang dilihat oleh komputer lain pada rangkaian. Anda juga boleh menyediakan penghalaan khusus peranti MIDI. Sebagai contoh, anda mungkin menentukan bahawa papan kekunci MIDI disambungkan ke komputer lain menghalakan data MIDI ke pensintesis yang bersambung ke komputer anda.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Dalam app Persediaan MIDI Audio pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Studio MIDI.
Dalam tetingkap Studio MIDI, klik butang Konfigurasi Pemacu Rangkaian dalam bar sisi.
Di sebelah kiri tetingkap Persediaan Rangkaian MIDI, klik butang Tambah di bawah Sesi Saya untuk mencipta sesi baru.
Untuk menamakan semula sesi, klik namanya, kemudian masukkan nama baru.
D sebelah kanan tetingkap, di bawah Sesi, tentukan port komputer rangkaian dan nama Bonjour (atau nama rangkaian) untuk Mac anda.
Di sebelah kiri tetingkap, di bawah Sesi Saya, pilih kotak semak sesi untuk mendayakannya dan menerbitkannya pada rangkaian.
Di sebelah kiri tetingkap, di bawah Sesi dan Direktori, klik butang Tambah dan tambahkan nama, hos dan port sebarang komputer jauh (bukan pada rangkaian setempat anda) yang anda mahu sertakan dalam sesi, kemudian klik OK.
Ulang untuk setiap komputer jauh yang anda mahu sertai dalam sesi.
Di bahagian bawah sebelah kiri tetingkap, klik menu timbul “Siapa boleh bersambung kepada saya” untuk menentukan komputer yang boleh bersambung ke sesi ini.
Untuk memulakan sesi, klik Sambung.
Komputer dengan aktifnya menyertai sesi yang muncul dalam senarai Peserta.
Untuk sediakan penghalaan langsung, klik menu timbul “Penghalaan Langsung”, kemudian pilih peranti yang anda ingin kongsi maklumat MIDI.
Untuk mengeluarkan sesi atau direktori yang anda tambah, pilihnya, kemudian klik butang Keluarkan .